Thursday, December 23, 2010

Agak somel eh! eh! comel

Tadi aku baca emel ofis 
Petang ni ada program senamrobik
Dalam email tu ada 12 orang yang bagi kehadiran
10 perempuan dan 2 lelaki
Aku dah tentu-tentu terkecuali
Aku bukan tak nak pergi 
Tapi masa amat mencemburui..kiki
Pastu ada la beberapa orang yang balas emel tu

Orang pertama(lelaki) : Peserta no 4 dan 12 perlu teruskan perjuangan?..ketidakseimbangan gender menuju 2020(No 4 dan no 12 tu lelaki)
 
Orang ke2(perempuan) : Semangat macam ni la yg kita mahukan...fit2 semua pasni..yehaaa..fhewittttttttttt

Orang ke3(peserta no 12) : Erm..layan jelaaaaa

Orang ke4(lelaki) : Pakai skirt dol

Nak tahu tak sape orang nombor 4 tu?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.

PENGARAH aku baiii...
Comel jek kan kan?
(tolonglah cakap comel..hhaha)

Wednesday, December 22, 2010

Kau lah kakak..kau la sahabat

Entry khas untuk kawan paling BEST kat ofis ni
Kira aku paling rapat la ngan dia
Sekepala sejiwa sehati dan sewaktu dengannya
Suka duka pahit manis semua sama-sama

Ingat lagi masa mula-mula masuk kt ofis ni
Sket2 aku tanya dia
Kak,surat ni nak masuk fail mana?
Pegawai ni yang mana kak?tak kenal laa
Ni nape network tak dapat ni kak??
Tetonggeng2 la dia kt bawah meja ni ha betul-betul kan apa yang patut
Korang bayangkan lah
Masa tu dia mengandung
Punya la teruk aku dera dia

Masa mula-mula nak keluar lunch tu
Dia datang kat meja
Jom makan!!
Aku pon follow jela dia walaupon malu-malu kucing
Dah orang ajak kan..heheh
Lepas tu ajak pergi alamanda la
Ajak pergi jualan kat bawah ofis ni la

Tu mula-mula jek
Bila dah LAMA
Makin hari makin ngam
Makin hari makin menggila
Makin hari makin kuat bergosip bercerita
Sampai la aku boleh cerita rahsia baikkk punya kat dia
Dia sorang jek yang tahu
Dia sorang jek tempat aku salu luah-luah
Nangis-nangis bagai
Dia jugak salu bagi nasihat kat aku

Punya la rapat kitorang kan?
Semua pon nak sama
Nak pakai selendang sama
Tudung sama
Inner sama
Semua la sama

Tiap kali lunch pulak kitorang mesti makan sama-sama
Kalau salah sorang pergi beli makanan dulu
Boleh kecik hati woooo
Nanti time makan
Boleh kongsi-kongsi lauk
Kongsi-kongsi air
Kadang-kadang makan kongsi satu polisterin

Sampai la satu hari tu dia dapat surat
Pastu dia terus datang kat meja aku
Zira,akak tak tahu nak cakap macam mana
Sedih ada,happy pon ada(airmata dia laju jek keluar weh)
Debo gile aku time ni
Akak dapat naik pangkat
Tapi akak akan tinggalkan korang
Aku pon laju jek airmata keluar sebab aku tahu
Jawatan baru yang dia dapat tu
Penempatan nya takde kat sini
Dah sah2 dia kena tukar tempat lain

Esoknya aku datang kerja
Aku dah rasa lain dah
Dah rasa macam hilang sesuatu
Walaupon time tu dia ada masa seminggu lagi kt sini
Dan sekarang dia dah takde lagi kat ofis ni
Walaupun kitorang satu jabatan
Tapi tetap rasa jauh
Dulu salu main jengah2 ikot tiang kat tempat aku ni kalau nak becakap
Tempat aku ngan dia di halang oleh tiang..heheh
Kalau rasa tak puas nak jengah2 aku laju jek pergi lepak tempat dia
Tak pon kitorang gosip2 kat YM
Sekarang ni tengok fb dia pon sedih jek
Homesick kate nya
Ni bkan homesick tp ofissick..hahaha

Ni la dia...ni la kakak dan sahabat aku yang terBAEKKK kt ofis ni.
Kak Hanim

* Kak nim,take care!..kejang mulut ni tak dapat nak hu ha hu ha macam dulu!sob sob sob..kenangku dalam doamu..cehhh....will mis uuuu

Monday, December 20, 2010

TRANSFORM

Minggu lepas 15-17 Disember 2010
Aku pergi kursus dekat Excel Training Resort,Lenggeng,Negeri Sembilan
 Kursus Transformasi Diri Ke Arah Organisasi Terbilang
Sebelum pergi kursus tu aku mintak kebenaran bos nak pergi
Bos aku cakap,balik nanti awak kena transform nazira!ngaa
Aku nak transform jadi transformes lah!
Nanti boleh serang dia...hahahah

Korang nak tahu tak siapa penceramahnya?
Nak tahu ke tak ni???
Beliau adalahhhhhhh....(bunyi drum)
Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah 
 Memang TERBAEKKKKKKKKKKK ngkooo
Tekeluar gelak jantan aku ko tauu
Lawak wehhh

Pastu kan dia tengok sorang-sorang punya tapak tangan
Tang aku punya kelakauu
Dia tengok tapak tangan aku
Pastu geleng-geleng kepala sambil cakap ish ish ish
Bedebau ngkoooo
Dia cakap camni
Budak ni ramai pakwe niiiiiiii
Pastu dia tanya lagi
Ko jujur...ko jujur dengan aku yang sekarang ni yang nombor berapa???
Kalau ko tipu aku cubit ko!!
Pastu dia cakap mata aku special sket sebab 
Aku bole nampak apa yang orang lain tak nampak
Mungkinkah nampak hantu kak limah balik ghumah??ngaa
Banyak lagi la dia cakap pasal aku
Semua tu betol
Tapi mana boleh cerita ngan korang semua
Bahayaaaa....

Makna tarikh lahir,tahi lalat,bentuk tulisan,nama semuanya dia bagitahu
Korang nak tahu ke??
Nanti jumpa aku tilik korang pulak eh eh..
Ilmu penuh di dada ni...hehe
Pastu korang tanya jek apa-apa yang korang nak tahu
Tak semestinya pasal tajuk yang dia cakap kan tu..tapi umum
Nak tanya korang padan tak dengan pakwe korang pon boleh
Pastu dia ada bagi beberapa tips
Meh nak share ngan korang

1. Kalau korang nak marah orang kan,korang cari 72 sebab nape korang nak marah orang tu.dah jumpa 72 sebab tu,cari 72 sebab lagi
(maknenya korang tak kan marah orang tu la..mana sempat nak cari 144 sebab wehh)

2. Kalau korang tak suka nak layan orang yang nak ajak korang bergosip,
mengumpat dan mengata orang tapi korang tak sampai hati nak bagitahu yang korang tak suka dia,bila dia start cakap jek korang berterusan sebut SUBHANALLAH sampai dia berhenti bercakap.
(korang try dulu,confirm2 nya korang tak kan dengar apa yang dia cakap kan)

3. Biasakan diri tidur mengiring ke kanan untuk jantung yang sihat

4. Sebelum tidur,mohon maaf pada Allah dan maafkan semua orang yang pernah sakitkan hati kita,yang melukakan hati,yang pernah mengecewakan kita dan sape2 jelah.
(untuk ketenangan diri)

5. Apa yang perlu kita buat kalau lelaki tengah marah??
- Jangan buat apa2
- Jangan pujuk
- Jangan tanya kenapa
- Layan dengan baik
- Kalau perlu jauhkan diri jap

6. Kalau perempuan marah pulak macam mane??
- Sentuh dia
- Tanya perkara yang menyejukkan hati dia
( Cth : pasal anak dia ke...)
- Cari perkara yang boleh menggembirakan dia
(Cth : belanja makan ke..ajak shoping ke..)

7. Petua awek muda
- Makan tengah hari awal 
(dalam pukul 12.00-12.30)
- Makan malam sebelum maghrib
- Pakai kain yang lembut
- Elak fikir tentang perempuan
(Cth : korang jangan fikir kenapa pompuan tu ada pakwe,kenapa dia pakai blackberry,kenapa dia ada handbag tu...ha jangan fikir!!)

8. Seorang suami yang cium isteri sebelum pergi 
kerja umurnya akan panjang 5 tahun,
Bila isteri balas ciuman tu,pendapatan suami akan meningkat 30%
(Cium dalam 10 saat jek..jangan lebih..kang tak pergi keje kanggg)

 Renung-renungkan dan selamat beramal!!

Tuesday, December 14, 2010

Sudah jatuh di timpa tangga..tercium pula TAIK AYAM

Bulan ni rasa sakit yang aaaamat sangat
Duit keluar macam air
Nak bayar itu,nak bayar ini,
TERbeli itu,TERbeli ini
Haihhhhhhhh
Duit bantuan yang dapat tu sekelip mata hilang!
Hilang sebab salah sendiri...sob sob sob
Tak pandai langsung nak manage duit
Agaknya kalau tiap-tiap bulan dapat gaji juta-juta
Tetap tak cukup kotttt
Gaji besar...selera pon besar
Sekarang ni harap badan jela yang besar...ngaaaa
Bulan lepas bayar roadtax
Bulan ni pulak kena bayar saman
Tapi belum bayar lagi
Esok last day dapat 50% diskaun untuk saman tu...
Tapi macam mana nak settle kalau duit takde??
Nak pergi kerja kt lorong lah malam ni!
Nak buat loan kt MAK tapi tak nak la!
Asik nak menyusahkan dia jek
Nak senangkan dia ntah bila
Duit yang ada cukup-cukup sampai 20hb ni...
Tadi bukak wallet tengok-tengok RM20 dah hilang...
Dah macam mana sekarang ni??
Yang aku ingat malam tadi lepas tuang minyak duit tu ada kat tangan
Kat dalam kereta dah cari tapi tak jumpa
Tak kan aku pergi sedekah kat pam minyak tu pulakkk...
Nasib....nasib....

Monday, December 13, 2010

'BANDAR -i'

Jumaat lepas,pergi cari barang wan2 kt mid valley
Lepas tu kitorang plan nak pergi uptown shah alam
Alang-alang pergi sana,
Kitorang terus pergi i-city
Nah...layan gambar...













 
Banyak lagi gamba tapi tengok yang ni jela eh
Nanti muak pulak korang nak tengok gambo kitorang jek..hehe
Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat belampu yang lagi cantik-cantik..
Tapi bila dah keluar dari parking baru perasan
" La...banyak lagi tempat tak pergi rupanya...."
Rugi...rugi...

Thursday, December 9, 2010

9 DISEMBER 2010

Happy 3rd anniversary tu myjobbb!!!!!

3 tahun yang lepas time tu aku tengah sibok2 nak pergi kursus
Kursus pengenalan untuk keje baru yang aku dapat
Kursus seminggu tu kt Johor
Ingat lagi masa mula-mula nk pergi tu,
Ayah ngn mak hantar aku kt Jabatan Perkhidmatan Awam
Sesat ngkooo....pestime datang kann
Pastu dah sampai situ..dok la tunggu orang2 lain
Ingatkan aku org pertama yg sampai situ
Sekali salah tunggu daaa
Aku tunggu kt belakang bangunan
Tengok2 kt depan haaa hambekk koo
Kemain ramai lagi orang

Seminggu lepas tu
Aku lapor diri kat Jabatan Perdana Menteri
Seminggu gak dok melangok tunggu posting
Time ni aku tak dapat cari rumah sewa lagi
Aku tumpang rumah kawan ayah aku kt Seremban
Bini dia keje Putrajaya gak
Kadang-kadang aku tumpang uma abang dan akak member aku
Muka tak malu memang tak kesah menumpang kt mana pon...hahaha
Tak sampai sebulan aku dapat rumah sewa
Aku sewa kat flat ijau Presint 9 tu
Rumah tinggi weh..ala-ala KLCC..hahahah
Sewa mahal nak mampos
Mengalahkan dudok kondo

Hari-hari aku berulang g keje nek bas Nadi Putra
Tambang murah jek 50sen pegi 50sen balik
Pagi-pagi kena beratur sebelom naik bas tu
Kadang-kadang sampai 3 4 line beratur
Memang betul-betul berdisiplin
Ikotkan hati nak jek potong queue
Tapi kang ade yang aku tak pat pegi keje
Pegi hospital agaknya .hahaha
Memang takde sape pon berani nak potong..
Sampai2 jek memang automatik masuk baris!hahaha

Sekarang ni dah banyak yang berubah
Nak2 aku ni...memang banyak yang berubah laaa
Dari yang agak kurus tu
Dah bertukaaaaaa
Jadi yang tak berapa nak kurus
Eh...eh...apa aku merepek ni...hahaha
Aku dah tak pergi kerja naik bas dah
Rumah tu pon dah tak duduk dah
Rumah sekarang ni yang baru betul2 kondo
Siap sofa lorenzo bagai...
Kagum dengan rumah sendiri
Bukan nak bangga,
Tapi korang datang la rumah aku nanti..wahahahah
Ape pon aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang

TAPI dari 3 tahun lepas sampai la sekarang
Ada satu yang tak berubah
Aku tetap setia dengan beliau
Bila nak berubah pon aku tak tahu
Mungkin sampai beliau pencen
Tapi bekerja dengan beliau
Banyak la jugak mengajar aku tentang dunia pekerjaan
Tentang ketahanan mental dengan fizikal berhadapan dengan ghimau...eh!!
Ye...dia la ghimau yang aku masukkan
Silap sket mengaum la dia...hahahaha
Syhhhhh diam-diam...
Jangan bagitahu beliau...
Takoooooootttttttttt!!!!

Wednesday, December 8, 2010

JENG...JENG...JENG....

Sepasang kekasih sedang beborak di dalam kereta
Masa ni betul-betul depan rumah sewa pakwenya
Pasangan tersebut baru pulang bermadu asmara..eceh!
Tak tak..pasangan tersebut baru pulang dari tengok wayang

Itulah HOBI pasangan itu
Kalau bosan tengok wayang,mereka akan pergi karok
Tempat melepaskan suara yang amat sedap bagi telinga pasangan tersebut
Selain itu,mereka akan pergi ke downtown 
Dimana tempat itu merupakan tempat feberet makwenya

Semasa sedang berborak
Ditambah dengan beberapa pergaduhan kecil
Yang akan merapatkan hubungan...kikiki
Makwenya laju-laju rasa hendak balik ke rumah
 Dan memaksa si pakwe keluar dari kereta

Si pakwe dengan muka sedih
Perlahan-lahan hendak membuka pintu kereta
Tiba-tiba...(jeng jeng jeng)
Denga bunyi pintu belakang di bukak
Sepantas kilat si makwe menjerit 'MAKKKKKKKKKKKKKK'
Jantung si makwe laju denga tiba-tiba
Seolah-olah sedang berlari setempat 100m
Dan membayangkan sesuatu yang buruk akan berlaku
Tetapi terdengar suara........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.

AMOI 
Amoi tersebut cakap 'soli-soli' dan
Metutup semula pintu kereta
Dia berlari sekuat hati masuk semula ke rumahnya
Sambil menutup-nutup muka nya dan
Menyorok di balik pokok bunga

Dia ingatkan pasangan kekasih itu adalah kawan nya
Sebab tu la dia melulu masuk kereta
Tanpa mengetuk pintu dan memberi salam
Eh!kafir mana tahu bagi salam maaa...
Nasib baik dia tak sempat duduk kat sit..
Kalau dah duduk camne meh??

Pasangan tersebut tiba-tiba tak jadi gaduh
Mereka gelak guling-guling dalam kereta
Bole guling ke dalam kereta??
Sambil mengusha si amoi yang tengah menyorok itu..
Sekian.



Monday, December 6, 2010

Aku ingin menjadi mimpi indah, dalam tidurmu....

Ehem...ehem
Layan lagu ni weh
Lagu yang sangat-sangat bestttt
Tak pernah jemu denga
40 kali nyanyi kat karok pon takpe...
Bia lagu lame pon..wek!


Tuesday, November 30, 2010

Manusia tak reti bersyukur

Gulp!
Ni nak mengata diri sendiri sebenarnye...
Semenjak2 ni teringin nak hp lain.
Eee mengada betul la kauuu ni....
Padahal baru jek pakai hp baru..
Tolong...tolongggg....
Nak hp ni....



Paling nak yang kaler putih tu...sbb tu gambo beso dr yg lain2...hik!

Saya dan awak...

2005
Kali pertama saya nampak awak kat dalam bas
Masa tu awak berdiri kat tangga
Saya duduk betul-betul depan awak
Saya usha jek awak tapi bila awak pasan,
Cepat-cepat saya pandang tempat lain
Saya salu cari awak
Kadang-kadang saya skodeng awak dari tingkap bilik kawan saya
Kalau nasib saya baik,saya nampak awak baru balik kelas
Sampai la satu hari tu saya duduk melepak kt tepi longkang
Masa tu saya tengah tunggu kawan saya
Tiba-tiba awak lalu..
Dup dap dup dap jantung saya!!

2006
Tiap-tiap hari nak pergi kelas,saya mesti lalu kat jabatan awak
Tiap kali tu saya mesti cari awak
Satu hari tu..saya jalan belakang awak..
Kawan saya cakap nama awak farid...
Saya pun dengan beraninya panggil awak..
Farid....farid!!tapi awak buat bodo jek...
Sombong betol la awak ni..
Tapi saya tak pernah jemu cari awak..
Setiap hari saya usha awak kat parking moto
Setiap kali tu saya mesti nampak awak!
Masa cuti semester tu...
Tiba-tiba kawan saya mesej..
Ra ra...tadi masa kt terminal,aku nampak budak yang ko minat tu!
Dia dengan kawan aku..pastu aku mintak nombor tipon dia..hehehe
Pastu kawan saya mesej awak..
Dia bagitahu ada orang melaka minat kt awak!
Kawan saya bagi no.tipon saya kt awak.
Tapi awak tak mesej pon.Penat saya tunggu tau!
Kawan saya ajak jumpa.
Lepas jumpa tu,awak takde jugak mesej saya
Malam tu,saya start mesej awak..awak ade respon!
(Bahagianyaaaaa)
Tak lama saya dan awak kawan,dalam sebulan camtu.
30032006 saya dan awak kapel!!yippieee..
Walupon jarang jumpe,tapi kite salu mesej,salu begayut..
Kadang-kadang tak tido langsung
Azan suboh tu mandi,siap-siap,pastu terus g kelas..
Punya la sakan becinta...hahahaha

2007
Masa ni saya dan awak tak kapel dah..
Mungkin kita tak berapa kenal lagi..
Pasal hal kecil jek,kita boleh putus...
Sedih betul saya...hari-hari saya nangis ingat kt awak!hehe
Tak caya awak tanya la kawan baik saya masa kt poli dulu
Penat diorang layan saya..asal petang jek menanges..hahaha
Tapi dalam masa tu kita still contact..ada la jumpa gak..
Tapi biasala..bila dah kapel,pastu jadi membe rase cam lain jek..
Puas saya pujuk awak biar kita bebaik balik...
Tapi awak taknak...saya frust sangat...
Tapi takpe saya sabar jek tunggu awak..
Sampai la saya dapat keje..
Time tu awak dok uma abang awak..
Mungkin sebab dekat kita pon salu jumpa
Bila dah salu jumpa tu,macam makin syg kan kan??
Ke saya jek yang perasan?hahahah

2008-Sekarang
Masa ni kita dah sambung balik dah
Berbunga-bunga jek hati saya...happy sangat-sangat..
Makin hari makin sayang
Makin hari makin cinte
Hari-hari mesti nak jumpe
Kalau tak jumpa bole jadi gile..hik!
Tak sangka akhirnya awak jadi boyfren saya balik...
Kalau tambah tolak darab bahagi,Tahun depan genap 5 tahun kita kapel..
Saya harap kita sama-sama jaga hubungan ni sampai bile-bile
Saya sayang awak farid!!eh bukan-bukan
Yang farid tu bukan nama awak...
Kawan saya yang pandai-pandai cakap nama awak farid...
Ptot awak tak pandang langsung masa saya panggil awak tu..hahahah
Saya sayang awak ..sayang sangat-sangat ..ye awak la...
MARWAN SAFUAN BIN SALLEH...


Ape yang lain gamba kt ats n bwh ni??hehehe





Monday, November 29, 2010

Penyakit 'M' dah datang...

Lame betol tak update blog...
Macam takde idea nak cite ape..
Fb pon macam tu jugak..
Lame tak online...
Kt opis dh kena block..
Guna la cara ape pon...
TETAP tak bole online..
Hampeh betol....
Tiap-tiap hari aku main game...
Bila ada keje,aku wat jap..
Pastu sambung main game..ngaaa
Kat rumah pon lappy housemate syg ada
Tapi malas jugak nak online..
Sampai bila nak guna orang punya ntah!!hahaha
'Housemate,jangan mara eh asik guna lappy awak...hehe'
Dah..dah...takde idea ni..kbye!

Sunday, November 14, 2010

Kurus

Ye...aku dah kurus...
Kurus macam ROXANNE...
Kagum tak??(oh ini tipu sebenarnya)
Tapi MUNGKIN akan kurus macam dia...tungguuu...

Hari ni hari ke TUJUH aku tak makan nasi...
Kali ni betul2 nekad nak kurus...tapi bukan la nak kurus sgt..
Cuma nak turunkan berat badan ni jadi 50 kilo...
Makan masa jugak la nak turunkan berat badan ni...
Jauh lagi tu nak jejak ke angka 50...(terkantoi disitu)
Agak-agak bape berat aku skang kan??hik...

Start hari isnin ritu...aku naik tangga dari parking..
Dpt naik sampai tingkat 2 jek(opis aku tingkat 5)
Pastu naik lif...tak bole weh..termengah2 aku...
Lagipon pkai wedges...ko gle!!pnat kaki..(alasan jek ni...)
Hari selasa sampai jumaat aku berjaya sampai tingkat 5...yahooooo
Siap letak kasot dalam paper beg..pastu pkai slipa dengan laju nya naik tangga tuuu..

Akak opis aku pesan kat aku..
"Zira,nanti kalau makan nasi,jangan cover tok lima hari yang awak xmakan ni..." ngaa
Akak opis aku ni tahu sangat dah perangai aku yang hangat2 cam taik korang tu...
Sebelum ni penah gak aku xmakan nasi...paling lama 3 hari..lepas tu hambekk koo...
Makan macam tak penah dapat nasi setahunnn...hahaha
Dalam kepala otak ni dh macam2 yang aku plan...petang2 nak pegi gym..nk joging...
Tapi itu sume mustahil sebab aku takde geng...(alasan lagiii....)
Dan ada gak terpikir nak naik tangga rumah (rumah aku tingkat 10 ye kawan2...haha)
Aku siap pesan kat akak opis aku..
"Kak,esok kalau saya tak datang keje,akak cari saya kt tangga rumah eh kak..."
Bangang betol! baru nak berjinak-jinak nk kurus,terus gelepor nak naik tangga sampai tingkat 10..


Tapi aku takot ni...takot untuk berdepan ngn hari2 mendatang...
Habes hancur la diet aku...habes...mmg habes....
BALIK KAMPUNG engkauuu...5 hari plak tuuu
Sian mak aku nanti...payah2 memasak..tapi anak tak nak makan...(bape byk alasan la aku ni bg nii??hahah)
Padahal kalau aku dari kg nak balik sini mak aku siap pesan..
" Ra, kat sane nanti ko pose...control sket makan tuuu..." ngaaaa


" Ya Allah ya tuhankuuu..kau kuatkan la iman kuuu'aminnnnn.....


Ye...aku mmg berharap sangat yang aku dapat mengawal napsu makan aku kat kampung nantiii..
Kali ni kena betol2...xboleh main2 dah...wan2@chinta dah pesan...eh gedik jek nak panggil2 chinta...hahahah suke ati aku la kannn..hahaha..." kalau nak kawen kena kurus..."klu aku kurus...dia xmasuk minang aku, SIAP AWOK!!!(AMARAN KERAS NII)

Tuesday, November 9, 2010

ulangtahun

Hari ni birthday anak bua aku...ni ha budak tembam tuuu
Nama dia Nur Aina Syakirah @ AYANG...
Ayang tu mak aku yang nak panggil dia sejak dia kecil lagi...
Melekat la sampai sekarang nama tu haa...
Dia ni anak akak aku..
Cucu kedua ngan ketiga takde pulak mak aku nak panggil manja ke bucuk2 ke..cinta ke...
Tapi anak bua aku yang kedua ngn ketiga putri dan putra u olsss....melertzz!!
Yang ni la putri yang dimaksudkan...heheh
Putri Alisha Ariana @ GEGURL
Yang putra nya pulakkk
Putra Hariz Iskandar @ HARIZ BOY....
keturanan raja mana pulak anak abang aku nii...hahaha
Buat masa ni tiga orang ni la anak bua aku...
Aku punya anak??jangan tanya...hik!
Eh!ni macam dah lari berganti-ganti jek dari topik...
Semula-semula...aku nak cerita pasal birthday party dak ayang sebenarnya...
Kitorang pakat satu family nk buat birthday dia..dah 5 tahun tapi tak pernah pon sambut..
Buat awal 3 hari dari birthdate dia...
Sebelum ni adalah beli kek time birthday yang lepas-lepas.....
Kali ni  buat jempot la kawan-kawan dia..jiran-jiran semua la..
Pastu panggil sorang ustaz ni bacakan doa..Simple jek majlis dia...tapi ok la dari takde kan..
Sehari sebelom tu...punya la kecoh dak ayang ni...nyanyi-nyanyi syok sendiri..
Hepy beday to u...hepy beday to uuu.. sape ntah yang aja..hahha layankan jela...
Pastu akak ipa aku ade belikan dia gaun utk dia pakai time birthday tu
Kemain suke lagi...pastu bila aku dah mekap-mekap kan,nak sikat rambut tu semua
Dia bantai wat hal..geram betul aku..semua dok pujok...mak dia..mak aku..akak ipa aku..
Kejap lagi menanges time aku sikatkan rambut dia...dia cakap sakitttt!!!
Habes cair mekap dia...kejap lagi dia meronta-ronta bagai tu...riben gaun dy tecabut weh...tecabut yg memang tak leh wtpe...cam dah koyak gituu...
Orang dah ramai datang ni...akak aku dah kelam kabut dah nk bukak kan baju dia tu nak try jahit balik..
Pastu menanges lagi..menanges ngan beriya nye...dy cakap tak nak...tak nakkk...mayuuuu!!!!
Ghupeny malu nk bukak baju depan orang ramai...tahu malu jugak anak bua aku ek...pemalu cm ucu la tu!
Pastu dah jahit-jahit tu ok la..pakai kan balik...mekap sume aku dah lap dh sebab mekap dah sampai ke leher...
Tak cun la birthday girl nanti kann...hahahaha
Time kitorang nyanyi "Allah selamatkan kamuu...." muka dia tak bole belah....
Teruja abes koo...Ayang oo ayang...
Nah korang tgk gambar birhday girl
ni gamba mintak pelempang bad mood tuu...hahah

* hepy birthday ayang!maintain tembam tau!!t dah besa jangan tehegeh-hegeh nk diet plak!be a gud girl!ucu syg ayang sgt2..(nnt ayang dah besa mst dy bace blog aku kan???)hahahah

Thursday, October 28, 2010

Emo..emo..emo...

Pertama:
Kau tu bini orang.kau kena sedar diri.
Baru sekarang kau nak belajar make-up,nak berhias sana-sini
Ape kejadah nya semua ni???
Perlu ingat!berhias diri untuk laki kau..
Bukan untuk JANTAN lain. 
 Tergedik-gedik,manje,malu-malu kucing 
Itu bukan cara kau melayan laki lain..
Itu cara kau melayan laki kauuuuu..
Kalau mengata aku kemain pandai lagi kau kannn
Kau sorang jela yang bagos..

Kedua : 
Kau pon bini orang jugak tapi kau perasan habis..
Ikot kau la kau nak buat apa..
Tapi aku paling tak suka bila aku tegur kau..
Kau buat bodoh ngan aku..
Kau ingat aku tunggul??
Aku  tego jek semua orang yang aku kenal
Tapi kau ni memang tak bole bla laaa
Nak ikot mood kau jek..
Kalau nak tego,kau tego..kalau kau nk mogok..kau mogok
Heyyy..kau jeles dengan aku ke??
Ape yang aku ada..ha ha?
Beza aku dengan kau pon sebab aku tak kawen lagi
Tak kawen lagi harus la jaga penampilan bodoh!!
  Lain kali hal laki bini simpan kt ghumah la bai..
Tak payah bawak datang sini....
Aku jugak yang jadi mangsa kau setannnn

Ketiga : 
Kau tak manje la... 
Tak payah la nak bajet manje...hadoiii
Penat denga suara kau...
Mata penat..telinga penat...
Semua la penat!!
Badan aku pun penat beb!
Tapi kau tu memilih kawan la...
Budak kampung macam aku kau tak nak kawan..
Budak tak berduit macam aku.kau tak nak kawan jugak..
Nak bekawan tak pandang la kawan kau tu beduit ke tak...bangang!!
Pasal kau semua nya berubah....aku tak sukaaa..
TAK SUKA..ko paham tak.arghhhhhhhh


* entry ni bukan nk cerita keburukan orang..tapi sekadar luahan dan pengajaran saje*

Putrajaya-Melaka-Kelantan-Terengganu-Putrajaya-Melaka-Putrajaya

Hai semua...
Minggu lepas aku ambil cuti 3 hari...rabu-jumaat
Gila syok dapat cuti..
Apa kena mengena cuti aku dengan tajuk entri ni???hehehe
Ha..ni baru ni cerita...

Selasa lepas,habis kerja jek aku laju-laju balik rumah sewa
ambil ayah sebab ayah park kete kat rumah
Lepas tu terus balik kampung ambil mak n akak n ayang anak bua ku yang debab tuu..
Esoknya nak pergi holidayyyyy
Tapi takde la holiday sangat...
Pagi rabu tu..lepas suboh aku gerak pergi kelantan..naik kete..gile jauh weh!!
Perjalanan memakan masa selama hampir 12 jam (skema tak ayat aku???)hahaha
Naik kejang otot-otot ni..aku drive dari melaka sampai gua musang...
Lepas tu ayah aku pulak drive..mencabar weh jalan kt gua musang tu...
(Adakah tiap-tiap tahun aku akan lalu jalan tu kalau kawen ngan wan2 nanti???oh tidakkkkk)
Mula dah berangan....

Kalau korang nak tahu..sepanjang jalan tu memang berangan jela keje aku...hahaha
Macam-macam pk..pk nanti raya lalu jalan ni...jauh plak tu...(adakah aku bersedia??).
Terasa poyo di situ...hahahaha
Sebenarnya aku pergi kelantan nak pergi pinang wan2...hik!
Takde lah!pergi sebab ayah aku ada perjumpaan dengan geng2 polis dia
Diorang dah berpisah dalam 30 tahun camtu..lama tu..bayangkan la..time tu aku pon takde lagi...hee
Ada yang bertongkat...ada yang naik kerusi roda..alhamdulillah ayah aku sihat walafiat
Aku doakan semoga ayah aku sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan..aminnn
Lama gak la diorang jumpa..naik bosan aku tunggu...hahaha

Perjumpaan tu kat Kelantan Trade Centre..dari pukul 9 sampai pukul 2 aku melangok kt lobi...
Aku dah ajak akak aku pergi pusing2..pastu akak wat ayat cmni..
" Ko tahu jalan ke ra??" Pastu terus mati selera aku nak bejalan sebab takot sesat...
Apa ke bangang aku ni..hahahaha
Sanggup tunggu mak ayah aku pastu baru la pergi jalan-jalan..
Tu pon kejap jek sebab nak pergi terengganu pulak....

Aku jalan-jalan kat pasar siti khadijah tuuu...tapi kejaappp jek..
Ape pon tak beli...cane nak bli...duit pon takde..hahahaah tak gaji agiiii
Lepas tu gerak pergi terengganu...sampai terengganu pun dah malam
Sampai ganu jumpa sedara belah mak aku..dia sewakan hotel weh...
Kitorang nak g rumah dia..pastu dia cakap ghumah dia beselerakkk
Hahhahaa...pastu siap bayarkan sekali hotel tu haaa...betuah la badann kitorang kn..hik!
Esoknya pulak..pegi jalan-jalan kt pasar payang...
Lepas tu ca alip bot laaaaaaaaaa...
Korang nak tengok gambo tak??
Nak tengok tak?????aku tanya nii....
Taraaaa..................

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
mane ade...tak amik gambo ponnn...takde mood nk begambo....


Monday, October 18, 2010

ABANG lagi....

Haaaaa...ada sapa-sapa tunggu gambar arwah abang aku tak???
Nahhhh...tengok....

aku cilok gambar ni dalam wallet mak aku..mak aku siap pesan..kalau hilang gambar ni mak belasah kauuu ra...hhehe       


* semoga roh arwah tenang di sana dan dicucuri rahmat..-al-fatihah-

Thursday, October 14, 2010

P.A

PA bukan padini authentic..mahupun pierre andre
Ia adalah Personal Assistant@Pembantu Peribadi @Setiausaha Pejabat
Ya...itulah kerjaya aku yang tak berapa berjaya sekarang...

Kalau korang nak tahu..
Aku tak pernah terfikir yang aku akan jadi setiausaha...
Bayangkan aku yang ganas,yang otai,yang dulu pernah ambil Kos Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Eloktronik kat sekolak teknik,
Tiba-tiba bertukaaaaaaaaaa jadi setiausaha...
Sekali pun aku tak pernah fikir aku akan jadi macam tu...
Aku bajet  aku akan jadi engineer...(bajet jek sebab memang tahu tak kan jadi almaklumlah sangat 'rajin' belajar)
Semua tu berubah bila aku kecundang di tengah jalan...cewahhh
Result spm aku semua hancurr..begitu juga dengan hati aku..hahah (kalau 'rajin' belajar dapat straight A eh??)

Tapi bukan setakat itu...selepas spm aku apply politeknik dan ambil jurusan yang sama..
Malangnya aku tak dapat...Aku apply  lagi sekali
Tapi atas nasihat sedara aku,aku  apply untuk jurusan Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK)
Dan akhirnya aku dapat tawaran kursus tersebut di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan

Selama 2 tahun belajar, aku berjayaaaa walaupun aku tak dapat Anugerah Ketua Jabatan..
Yelaa...results sume 5 Flat...cane nak dpt kan kan kan??hahaha
Lepas belajar,lama aku menganggur...3 bulan weh...(masa tu rasa lama)hheheheh
Bulan 9 aku pergi intebiu...Bulan 12 aku dah start kerja dah...
Dan bermula lah hari-hari aku sebagai setiausaha.

Sekarang ni  hampir 3 tahun dah aku jadi setiausaha kat bos yang sama
Kau bayangkan...hari-hari mengadap muka dia...
Kalau datang angin kus-kus dia, habis aku kena tengking,marah,perli,macam2 lagi la...
Tapi selama tu jugak la aku kuatkan semangat aku walaupun pada awalnya aku kecundang..
Korang tahu jela..aku ni jenis tak bole kena marah..aku marah orang takpa..
Bila kena marah,keluar bilik bos,lari2 pergi toilet menangis..(luar ganas dalam lembut beb)hahaha

Ada sekali tu,aku lupa nak book flight dia ke Langkawi..
Aku rileks jek sebab lambat lagi dia nak g..dalam 3 minggu lagi...
Tapi bos aku ni menggelabah....terus dia tengking aku weh..
Gelap sekejap dunia ni aku rasa..
Lepas tu aku terus balik walaupun waktu kerja tak habis lagi.
Otai tak otai aku ni..
Pastu dia telefon..suruh aku book jugak...
Auu cakap aku dah balik...
lagi la dia marah dia cakap " i dun care!!!,i nak u book sekarang!!"
tapi aku tak datang office pun...esok nya baru datang...
Tak sanggup aku nak menyerah diri kat dia
Muka cun-cun ni dia ingat stok nak kena marah ke???

Patut-patut sapa yang jadi setiausaha ni dapat elaun tahan maki
Betul weh...kalau leh tahan..memang bagus la..
Aku dah memang tak boleh tahan..tapi aku redah jek..
Aku takut nanti "keluar mulut buaya.masuk mulut rimau"(entah betul ke tak peribahasa aku ni)
Apa pun, aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.
Aku suka ke..tak suka ke..aku telan jek...(tengok badan la kan..badan gemuk pun sebab telan maki bos)Korang apa tahu???Nah... tengok gamba budak kenyang ngan maki

ni gamba dalam website office aku....habis cun dah ni muka orang berkerjaya...kau ada??ada??


KOSONG

Lamanya tak update blog...sangat-sangat takda masa...kbye!

Thursday, October 7, 2010

MEMPERKENALKANNN.....

Entry sebelum ni aku cakap aku g makan ngn wan2 kan??
Tapi tak kenal kan lagi wan2 tu sape...
Haaaaaaaaaaa..............
Korang nak kenal tak??sapa nak kenal angkat bibir atas...angkat cepatt!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

taraaaaaaaa.....
 
hensem tak????ape??tak hensem??ok2 tukar gamba lain plak....

 haaaaaaaaaa.....yang ni baru betullll.....lebiuuu...(sila jangan muntah)

TEH O

Hai semua !!! (bajet ramai baca blog aku ni kan?)
Korang suka tak air tu??
Aku suka weh...tapi minum banyak2 leh sembelit..hahaha
Ada satu malam tu kan aku teman wan2 makan..
Aku tak makan...ak dalam proses menurunkan berat badan (oh!ini poyo)
Aku belek-belek menu kat situ...

Pastu adik yang ambil order tu tanya..
"Abang nk minum ape?|"
Wan2 cakap " bagi saya nescafe o ais dan nasi goreng biasa telur mata"
Pastu dia tanya aku pulak nak order apa...
Aku macam beriya la tgk menu tu kot-kot ada yang berkenan kan....
Padahal aku taknak makan pon..order minum je kot...

Pastu aku laju-laju jek cakap dengan budak tu..
"Bagi saya teh o ais limau suam satu!"
budak tu nak tulis la apa yang aku cakap tu..
Tapi dia tanya aku lagi..apa kak??
Aku ulang balik..."teh o ais limau suam dik"(muka confident gile time ni)
Pastu wan2 tgk jek aku...Aku cakap la..nape??tak bagi minum ais ke??

Dia sengih jek kt aku...aku pon sengih jela kan...
Pastu dia tanya "nak teh o ais limau ke...teh o limau suam"
Aku cakap nak teh o limau suam laa...kn dah order tadi...
Budak yang amik order tu gelak jek tgk aku...
Last2 aku pasan yang aku salah order air...
Apa lagi..aku sengih jela...dah malu kan...hahaha
Tak leh bla la..cane aku bole order teh o ais limau suam??

Wednesday, October 6, 2010

ABANG

Uishh...gile lama xupdate blog..bz mak nokkk...bz beraya...hehehe
Cite pasal raye..tiap2 tahun raya confirm sedih klu ingat abang aku..
Abang aku dh pergi jauhhh dh...jauh sangat2..

Abang aku dh pergi menemui ajalnya masa aku darjah 2...
Dia accident moto ngan moto betembung.
Time tu kecik lagi..aku tak berapa tahu sgt..
tapi masa tu aku tengok family aku nanges..
aku pon nanges..tapi aku tahu la abang aku dh takde..
Abang aku yg satu-satu nya panggil aku 'adik'
Kalau korang nak tahu aku 2 orang abang...
tapi skang ni tinggal sorang jela...

Arwah abang aku ni baik orangnya..baik sangat-sangat...
korang bayangkan jela kan...Dia kerja kilang...pastu gaji dapat cash...
misal la dapat 850.50 camtu...Semua duit tu dia bagi mak aku weh...
Kalau dapat bonus plak..balik kerja malam-malam(sebab kerja shift)
Malam tu jugak la kejot mak aku bagi duit tu weh...
korang kalau dapat bonus ada wat cmni??ado??ado??
Aku pon tak buat cmni weh...hik!

Baik kan dia?dulu apa aku nak sume dia beli..Nak pensil kaler kotak besar??
dapat...pastu setiap kali balik bejalan mesti dia akan beli kan aku coklat sneakers tu..
(sampaikan masa accident tu,dalam posh dia ada coklat tu weh.)
sedih gle..menanges aku makan coklat tu...

Pastu kalau pergi main bola salu bawak aku..rajin betol bawak aku kalau pergi mana-mana.
Sebelum dia meninggal tu..(dia meninggal malam)time petang tu ada la gurau-gurau ngn aku...
Gurau-gurau sampai aku menanges.Pastu dia cakap camni.."adik ni...abang nak gurau pon xbole!"..
Pastu dia terus keluar rumah sebab g melepak ngan kawan-kawan dia..On the way balik rumah tu la dia accident...
*menyesal tak sudah aku weh...kalau la masa boleh undur balik..aku peluk dia puas-puas..aku gurau ngn dia puas-puas...aku cium dia puas-puas...*

Kalau korang nak tahu..aku dulu tidur satu katil dengan dia..
kitorang tidur bertiga..(aku,arwah abang n abang aku lagi sorang)aku tidur tengah2..heheheh 
time tu kecik g..men belasah tidur ngn abang2..akak aku xtahu la tidur kt mane kn..
Abang-abang aku memang suka mengusik aku...Diorang suka usik aku sampai aku menanges...
Bila aku dh menanges tiba-tiba ayah aku balik...belari-lari la diorang masuk bilik pujuk aku...
" dik..diam dik...ayah balik"..aku pon secara automatik diam...wat muka rileks...
Ayah aku ni garang tapi hati baik..kang kalau dia nampak aku menanges kangggg...sume kena marah!..hehehe
Gile manis kenangan ni weh...

Sesungguhnya aku sangat RINDU kt arwah abang aku ni..RINDU sangat2..
Semoga roh arwah abang aku ABD SAFRIZAN BIN ABD KARIM dicucuri rahmat oleh Nya dan tenang di sana. *AL-FATIHAH*

 * Nk upload gamba arwah...tapi takde plak..nanti tunggu aku balik kampung..aku cari dalam album arwah

Friday, September 3, 2010

BOSAN

'Aku bosan dengan cintamu...
Aku rasa buang masa....lalalalala'
(Eh ternyanyi plak!!tak tak...aku TAK PERNAH bosan dengan CINTA...hik!

Aku nak cakap yang aku bosan dekat opis ni..
Pagi lagi tapi aku dah lebih 40 kali menguap...
Mengantok yang amat..nikmat berFB kt opis telah ditarik..hehe
Dah macam orang sawan dah aku rasa....
Aku tak tahu nak buat apa...
Nak buat keje???hurm...keje pon macam takde...
Aku memang di bayar gaji utk main fb tu...
Kau orang tahu tak??
Arghhhhhhhhh bosan..bosan...bosan......!!!!!