Tuesday, January 25, 2011

Salahkan ku jangan salahkan ku

Pada suatu hari
Seorang gadis bernama Zira hendak pergi kerja
Dia telah bangun lambat pada hari itu
Maka dia dengan terkocoh-kocohnya
Turun ke basement untuk ke parking
Sampai saja di kereta
Dia sangat terperanjat apabila 
Melihat calar yang banyak di bumper keretanya
Sambil membelek-belek calar tersebut
Dia membebel sorang-sorang dan 
Memaki hamun di dalam hati
Sebanyak mana calar yang ada di kereta
Sebanyak itu lah calar di hati nya
Dia sangat bengang dan termenung seketika disitu
Tetapi apabila dia sedar yang dia dah lambat
Maka dia terus membuka pintu kereta
Tetapi pintu tak boleh buka
Dia pon tekan alarm berkali-kali
Dan dia lihat lampu tidak menyala
Dia agak panik pada ketika itu
Dan akhirnya baru dia perasan yang
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

dia terSALAH kereta
Kereta dia selang sebuah dari kereta itu
Patut la pintu tu tak terbuka pon
Warna kereta memang sama
Cuma no plat jek tak sama
Hah!padan muka budak Zira tu
Dia pon laju-laju jek pergi kat kereta dia 
Sambil tengok sekeliling
Takot-takot ada orang pandang
Malu weh..maluuuu
Masuk dalam kereta dia gelak sorang-sorang seperti orang gila
Wahahahahahahaahhahaah

Monday, January 24, 2011

Lulus..yeahh lulusss

Sabtu lepas mak,ayah,akak,abang ipar dan ayang montel datang kat rumah
Sebelum tu kitorang memang dah plan nak kenal kan kekasih hati aku kat ayah
Untuk pengetahuan korang,ayah aku tak pernah kenal dia ok
Aku dah kenalkan dia kat mak dan adik beradik aku kecuali AYAH
Memandangkan tempoh percintaan kitorang agak lama..eceh!
Aku nak kenalkan lah dia kat ayah
Mesti korang cakap kenapa tak kenalkan awal-awal kan?
Sebab baru sekarang ada keBERANIan..kiki
Masa mak aku ajak ayah datang rumah aku pun
Ayah aku masih lagi tak tahu apa yang aku plan dengan adik beradik dan mak
Abang aku sampai lambat sket
Sampai-sampai jek,abang aku salam ayah pastu tanya
Yah,pakwe dak zira tak datang lagi ke??
Ayah aku cakap,tak berani de dia nak datang
Abang aku cakap,ehhh kalau dia nak betul mesti dia datang
Time tu aku  kat dapur,Tak berani aku nak jenguk kan muka..Aku kecut perot wehhhh...hahaha
Kalau korang nak tahu,aku memang takut ngan ayah aku nak-nak pasal pakwe-pakwe ni
Kalau time raya kan,aku mana berani ajak kawan-kawan laki aku datang
Bila ayah aku takde kat rumah,baru la berani ajak diorang datang..hahahah
Lepas dah borak-borak dengan ayah,
Tiba-tiba ayah aku masuk bilik
Aku pon buat-buat la masuk bilik konon-konon nak kencing(padahal nak usha ayah)
Sekali aku tengok,dia tengah baring sambil pejamkan mata..ngaaa
Agak berdebar di situuu
Macam-macam yang buruk aku fikir
Yelaaa bila-bila masa jek bua atiku akan sampai
Tapi ayah,boleh pulak nak tido kann
Aku pon pergi  la buatkan air untuk diorang semua
Pastu suruh ayang kejotkan ayah aku
Last-last ayah aku bangon
Elok jek ayah  nak duduk,dia pon sampai
Salam-salam ayah mak ngan abang,dia pon duduk
Dia ada bawak sate,pastu aku pon hidangkan la
Masa nak jempot makan tu jela ayah aku pelawa dia
Sebelum dan selepas tu,takde pulak ayah aku borak-borak ngan dia
Ayah aku pon diam jek,dia pon diam la..hahaha
Dia borak-borak ngan abang n abang ipar aku
Ayah aku lak dok main dengan cucu-cucu nya
Tapi macam ok la,takde la muka ayah tu siyes sangat
Ada la gelak-gelak pe semua
Mungkin sebab ramai orang kot time tu
Diorg pon takde idea agaknya
Lepas dia ngan abang aku dah balik,
Aku borak-borak la ngan ayah aku
Aku tanya ayah,ok tak yah?
Ayah aku cemik-cemik jek pastu geleng-geleng pale cakap tak ok..tak ok..tapi still gelak-gelak
Pastu aku cakap la..yah,orang nak tunang ni yahhhh...pastu ayah aku cakap,tunang ler...tunang ler...
Agak-agak korang ayah aku tu ok ke tak ngan pilihan anak nya ini????ngaaaaaaaa
Tajuk yeyeo jek macam la dah lulus...hahaha

Thursday, January 13, 2011

Sakit Woiiiiiiiiiiiiiiiii

Semalam aku pergi klinik
Sedih jek sebab pergi sorang-sorang
Tengok orang lain datang berdua
Pastu aku ketuk kepala aku sendiri
Memang la diorang berdua,
kat situ tempat ibu-ibu mengandung ngokk
Suami temankan isteri buat check up!
Aku lalu jek kat situ sebenarnya
Yang sebeno-beno nye aku nak pergi klinik gigi

Ingatkan aku orang pertama sampai
Tengok-tengok orang yang ketujuh
Padahal time tu pukul 7.30 pagi
Yang lagi 6 orang tu agaknya pas suboh terus datang kot!
Tunggu punya tungguuuuuuu
Dah penat gelak sorang-sorang tengok Malaysia Hari Ini
Mate pon dah penat asik pandang-pandang sekeliling
Kepala pon dah penat dok toleh ke belakang tengok orang masuk dalam klinik tu
Pukul 9.15 pagi baru jumpa doktor
Dah berape banyak masa aku terbuang kat situ
Kalau kat opis,dah banyak entry kerja aku boleh buat tauuuu

Masa dah masuk dalam bilik doktor tu
Nurse yang sibok-sibok tanya
Nurse : Sakit kat mana??
Aku : Kat belah kiri atas dan bawah
Nurse : (Buat muka pelik)
Doktor : Awak sakit kat mana?
Aku : (Bebel dalam hati...yang tadi nurse tanya tu nape??????sampai dua kali lak nak tanya)
Doktor : Oooo bengkak sikit jek ni
Aku : Doktor,yang ni pon sakit (sambil tunjuk gigi atas)
Doktor : Takde pape pon ni.Saya cuci gigi awak sikit ehhh
Aku : (Mengangakan mulut tanda rela gigi dicuci)
Korang pena cuci gigi@scaling tak weh?????
Korang tahu tak cane rase masa cuci gigi tu???
Meh aku nak citer!
Tapi ape yang pasti dan memang sangat-sangat pasti
Aku tak nak dah cuci gigi aku ni..TAK NAK weh...TAK NAKKKK!!!!
Cuci gigi ni bukanlah macam gosok gigi tu haa
Ni untuk buang segala kekotoran,doktor kata tu kalkulus
Aku pon OoooOoo kan aje sebab aku tak tahu
Kalkolator aku tahu la
Tapi tadi aku google kalkulus tu
Kalkulus ialah sisa makanan yang mengeras ye tuan-tuan dan puan-puan
Yang ni pon aku google gak
Alat yang digunakan adalah skaler elektronik berfungsi secara gegaran dilalukan pada permukaan gigi. Ia mempunyai kelajuan maksimum yang mampu memecahkan segala sisa makanan yang sudah keras @ kalkulus.
Masa doktor buat tu...perghhhhhhhhhhh nak menitik air mata u olssssss
Rasa sakit yang amat sangat
Rasa nak suruh doktor tu stop jek!
Tapi aku tahan jek..berape kali doktor asik cakap dengan aku
Bukak mulot dik..buka mulot...
Bila dah sudah tu,nurse cakap kumur dik
Aku pun kumur...pastu aku tengok hasil kumuran aku tuuu
Nak pengsan wehhhhhhhh...banyak nya darahhhh
Mana la aku tahu cuci gigi tu bedarah bagai
Patut la sakit gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
Ingatkan lada terselit tepi-tepi gigi tu ke
Ghupenye cm ketulan-ketulan darah tu haa
Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Lepas dah cuci gigi tu aku rasa macam makin sakit lak gigi aku ni
Dokto cakap,awak pergi kat farmasi ye.Saya bagi ubat
Pastu dengan tak malu nya aku tanya
Aku : Doktor,tak dapat mc ke?
Doktor : Awak sakit sangat ke???
Aku : Sakit la doktorrrrrrrr...denyut-denyut ni haa
Doktor : Erm..ok la ok la..saya bagi awak sehari
Aku : Terima kasih dan aku tunggu jek dalam bilik tu
Nurse : Sila tunggu kat luar yeeee
Aku : Hek eleeeeeeeeeee...kerek btol ngkoooo kn (cakap dalam hati jela ponn)
Pastu aku blah lah pergi ambil ubat..huh!

Tuesday, January 11, 2011

Layankan aje

Situasi pertama 
Abu dan Minah sedang bermesej-mesej
Abu : Minah minah,yang dekat kunci tu orang panggil apa?kinci eh??
Minah : Kinci?????hoiii Abu!!tu keychain laaaa..keychainnn..mane datang kinci ko tuuu??

Situasi kedua
Abu dan Minah pergi membeli belah
Abu : Eh Minah!ko tak nak ke beli tuuu(sambil tunjuk kt barang tuu)
Minah : Benda ape????
Abu : Tu la...tu haaa...carlegging tuu...
Minah : Carlegging????? (Minah pon sekeh kepala Abu).Ko ni Abu..tu cardigan...bkan carlegging...grrrrrrr
Abu : Mana la aku tahuuuu

Situasi ketiga
Minah dah Abu pergi ke pasaraya bernama Pasaraya NSK
Abu : Minah,ko rasa-rasa kan,apa maksud NSK tu??
Minah : Erm...NSK?.....Nak Saya Keee???(suara ala-ala gedik)
Abu : Hek eleh...perasan!
Minah : Ade aku tanya ko nak aku ke??ade??ade??Dah ko tanye aku ape NSK tu..aku jawab laa..huh!

Situasi empat
Minah dan Abu sedang berjalan-jalan
Abu : Minah,ko nak tengok wayang ke main bowling?
Minah : Aku tak kesah la mana-mana pon.Belasah jekk
Abu : Ko ni minahhhh malas la nak aku nak tanya..Sket2 tak kesahhh
Minah : Kang kalau aku cakap nak balik tido kang,ko tak bagi pulakk kann
Abu : Bla...bla...bla...bla...bla...kan minah kan??(sambil tengok sebelah minah dah takde)
Ghupe-ghupenya minah dah tertinggal kat belakang daaaa..Abu cakap sorang-sorang.

Situasi lima
Ayah dan mak minah sedang buat hal masing-masing
Mak minah : Ayah minah,tolong ambilkan spek mata saya tu.
Ayah minah : (Buat bodo jek sambil tengok mak minah tak kelip-kelip)
Mak minah : Ayah minah!!ambil kan la haa spek saya tu.
Ayah minah : (Buat bodo lagi)
Tiba-tiba minah mencelah
Minah : Erk urk erk erk...(macam orang bisu) dan bagi isyarat tangan nak spek kat ayah minah.
Ayah minah dan mak minah gelak guling-guling

Monday, January 10, 2011

Rumah mak dengan rumah sendiri(rumah sewa)..mana best??

Kat rumah mak,bangun tidur terus sarapan.
Kat rumah sewa,bangun tidur,tidur balik sebab malas nak masak.
Kat rumah mak,tak payah kemas pun takpa sebab bangun-bangun,rumah memang dah kemas
Mana la rumah tak kemas,bangun pukul 40!!(ni ayat mak aku)
Kat rumah sewa,kena sapu sampah,kemas bilik.basuh bilik air,membasuh menyidai dan melipat baju
Kat rumah mak,lepas sarapan tiba-tiba mak dah panggil makan tengah hari
Kalau balik kampung memang gemuk wehhhh..nanti bila nak balik putrajaya mak aku pesan
"ra,kat sana nanti kurangkan makan..ngaaa kat rumah mak,mak tak pesan macam tu punnn
malam-malam siap ajak makan lagi..makan sket jek katanya...hahaha
Kat rumah sewa,kalau rajin masak nasi.rajin sket,masak maggi,kalau rajin banyakkkkkkkkkk
ha...masak air jek...
Kat rumah mak,tak rasa sunyi sebab ada mak ngan ayah pastu ada anak buah yang kepohhh gilerrrr
Kat rumah sewa,dekat dengan buah hati..hari-hari boleh dating!tapi bila buah hati kerja,bosan gilerrr
Erm...apa lagi ha yang lebih dan kurang kat rumah mak ngan rumah sewa???
Rasan cam banyak lagi bezanya,tapi korang fikir la sendiri eh
Kesimpulannya,rumah mak memang terbaik
Kadang-kadang macam nak mintak tukar sana jek
Tapi nanti tinggal pulak buah hati kat sini
Nak ajak buah hati pindah sekali laaaa...hik!

Tuesday, January 4, 2011

Berubahlah

Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan
Selamat tahun baru 2011!!!

Apa azam korang semua??
Azam aku????
Aku nak cari calon suami bernama azam..hhahaha
Tak...takkkk

Kalau korang nak tahu
Setiap tahun kan
Aku akan tulis azam aku dalam buku
Lepas dah tulis,aku baca

Pastu tak sampai sebulan pun
Buku tu dah jadi buku rojak
Ada tulis resepi
Ada tulis belanjawan
Ada conteng-conteng

Nampak sangat la aku ni
Tak berapa nak serius dalam berazam
Sebab tu sepanjang tahun tu
Aku ikot suka hati aku je nak buat apa
Ala-ala macam tiada matlamat hidup

Tapi aku berharap agar tahun ini akan
Lebih baik dari tahun-tahun yang lepas
Oleh itu marilah kita berubahhhhhh