Friday, May 27, 2011

Aku pun ada tauuu

Bukan juju,jana,pyjah,yina,cokeng,izatieunos
jek ada twitter
Aku pun ada tauuuuuuuu
Mari follow aku kat sini
Sedap weh..sedap main twit2 ni
Engkau nak twit sesaat sekali pun boleh
Takde orang pon nak marah
 #nakpakaibbnantiakubolehtwitkorang24jam

Wednesday, May 25, 2011

Pengalaman naik lif

Cehh pengalaman la sangatkannn.Sebenarnya aku hari-hari naik lif.Almaklumlah duduk kondo #tipu.Kat ofis pon kena naik lif jugak sebab ofis tinggi sangat(tingkat 5 je pon).Meh aku nak story sket kejadian-kejadian yang berlaku masa aku naik turun lif.

Dulu-dulu masa aku dok kat rumah sewa lama aku salu bosan nak menunggu lif tu sampai sebab rumah aku atas sekali.Selalunya aku akan belek-belek hp aku.Aku akan mainnn jek hp tu.Pastu bila lif dah berhenti aku pon keluar.Dah keluar tu aku menonong jek jalan sampai ke rumah.Aku pon raba-raba kunci rumah kat dalam beg.Bila aku nak bukak pintu grill rumah,Aku rasa lain macam.Nape la tiba-tiba kat grill tu takde mangga.Tak kan la hilang kan.Aku laju jek tengok nombor rumah.Aikkkkkk...ni bukan nombor rumah aku ni.Patutlah kat grill takde mangga.Rupanya salah rumah.Nasib baik takde orang.Tapi malu la jugak dengan diri sendiri .Terus nekad taknak naik lif.Naik tangga jek.Nekad untuk time tu jela.Lepas tu elok jek naik lif balik.Ni semua sebab leka main hp.Padan muke aku salah rumah!

Kalau naik lif aku mesti nak tengok keliling lif tu.Tu kalau sorang-sorang la.Kalau orang ramai dalam lif apa kejadahnya aku nak tengok keliling.Kang orang kata aku gila lak.Nanti bila aku terbaca apa yang diorang-diorang ni conteng kat dinding lif tu,Aku mesti tegelak sorang-sorang.Kalau la ada cctv kat dalam tu,mau nya orang tu cakap aku gila sebab aku gelak sorang-sorang.Bukan senyum kambing tu weh..ni gelak tebelahak tu ha.Sape rapat ngan aku tahu la aku gelak camne.Diorang tu conteng kat dinding lif tapi bagi aku cam comel jek diorang nak conteng-conteng kat situ.Contoh la kan.Sorang tu tampal note kat dalam lif."Sesiapa ada terjumpa wallet berwarna pink,sila hubungi saya 016-235xxxx."Pastu nanti ada jek yang menyampuk.Siap buat anak panah lagi kat kertas tu.Comelnya wallet dia..warna pink lagi!.Pastu sorang lagi menyampuk banyak ke duit dalam tu?.Heyyy...jangan conteng kat sini la!Eh!ske ati aku la nak conteng ke tak!!Cute vandalism kan kan??Korang kalau terjumpa korang nak buat apa?Baca dengan siyes ke??Ke gila cam aku jugak??Jap lagi tengah tergelak-gelak tu,tiba-tiba lif berhenti sebab ada orang nak naik.Jenuh aku nak cover gelak ko tau!!Kejung mulut aku ni.

Haritu kan.aku nak naik lif.Masa aku nak naik lif tu.Aku cam belari sket la nak masuk ke lif tu.Tapi aku tengok ada sorang mamat ni tekan butang tutup tu cepat-cepat.Dia cam tak nak kasi aku masuk lif tu.Aku tak kira!!Aku nak masuk gak.Aku pon wat muka rileks jek masuk dalam tu.Baru aku nak tarik nafas kan.Aku dah terbau sesuatu dah.Terus rasa nak tahan nafas.Nak tau kenapa??Mamat tu kentot dowhhh.Mak aiiii bau kentot ko bangggg.Rasa nak bunuh diri dalam lif tu jek.Tak sanggup tak sangguppp.Patut la masa aku nak naik tadi,kemain laju dia nak tutup pintu lif.Kau buat projek kat dalam tu ye?Senonoh nauu perangai ko bang!Rasa nak mintak nombor tipon!Nak kenal-kenal.Nanti boleh lawan sapa punya kentot lagi wangi kann??Tu baru bau kentot tu.Kalau bau sampah pulak cane?Adoiyaiiii diorang ni.Berapa tahun tak buang sampah agaknya?Dah macam kat tempat pembuangan sampah dah aku rasa lif tu.Dengan air menitik-nitik.Euwwww geliiiiiiiiiiiii mat mat mat!!!Kalau aku yang bawak sampah tu aku dah pakai topeng dah sebab nak cover malu.Satu lif kotttt leh bau.Habis hilang bau perfume cosway mahal aku tu.

Ni ada lagi satu cite aku nak bagitahu.Aku ni jenis suka sandar-sandar kat dinding lif tu.Kadang-kadang cam tak sedar aku besandar kat situ.Tahu dah dinding tu kotor.Tapi nak wat cane.Aku dah cakap tadi kan aku ter...ter la wehh...Pastu bila dah sandar tu rasa cam ada benda melekat-lekat kat baju tu.Hah sudah!aku mula la rasa semacam jek.Aku tengok-tengok jek..Eeeeeeeeeeeeeeee air liur weh...air liur..Bodoh punya orang!!dah banyak sangat ke air liur ko tu sampai ko tak menyempat2 nak meludah???Dalam lif pon jadi.Kat dinding lak tu.Cane la cara ko meludah tu kan?Korang dapat bayangkan tak?Meludah kat lantai lif tu dah biasa sangat dah.Dah rasa macam ko naik atas singki.Bukan naik lif dah.Merata-rata air liur.Kadang-kadang chewing gum pon ada.Ko tak kesian ke kat orang yang terpijak chewing gum tu weh?Penat nak buang.Ko ingat senang nak tanggal kalau dah melekat kat kasot ke kat baju ke.Pikir la weh..pikir!Ehhh..emosi pulak aku menulis hari ini.hahahah

Friday, May 20, 2011

Sekadar berkongsi

Tadi aku dapat emel ni
Tapi aku tak tahu la sejauh mana kebenarannya
Jom baca!

PANADOL BERBAHAYA 

CHEMICAL HAZARD - Paracetamol ( acetaminophen ) berbahaya 
 JANGAN AMBIL PANADOL ACTIFAST/SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)
UNTUK PENGETAHUAN,
ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…
 
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
 
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Alternative Treatment ( Tips )
 
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.
 
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
 
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
 
Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
 
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Thursday, May 12, 2011

Buang tonsil

Selama ni aku asikkk la demam.Demam yang berulang-alik.Kalau pergi klinik mesti dapat mc sehari-2 hari macam tu.Last2 aku pergi hospital then doktor suruh aku rujuk ke pakar.Bila dah rujuk pakar.Dia suruh aku buang tonsil kiri dan kanan sebab dah besar dan dah ada bintik-bintik putih.Kalau tak buang pon boleh tapi nanti ada effect lain dan bila aku demam tu,aku paling susah nak menelan.Dan aku ambil keputusan untuk buang kedua-duanya.

Sehari sebelum hari pembedahan.Aku masuk wad.Bermalam la aku kat hospital dan berpuasa start pukul 12 malam.Pastu esoknya dalam pukul 9 pagi aku dah siap-siap dah.Aku kena sorong atas troli pastu terus masuk ke bilik persediaan bedah.Masa kat tempat tu,nurse nak masukkan air dalam badan.Agak susah la nurse tu nak jumpa urat aku.Mula-mula dia cucuk jarum belah kiri.Tapi air dalam tabung tu tak keluar-keluar.Pastu bukak balik jarum cucuk pulak belah kanan.Nasib baik jumpa.Kalau tak cucuk jela kat hidung saya ni nurse!

Tak lama tu aku masuk dalam bilik bedah.Bedebar ngkooo...Diorg pasang ntah apa-apa wayar kat badan ni sebab aku akan di bius habes.Part ni aku menyampah gila.Menyumpah2 aku dalam hati.Ada sorang nurse pompuan ni.Selak-selak baju aku sebab nak cucuk wayar tu.Tapi bukan selak sikit jek.Selak banyak.hey sengal!!ko tak nampak ke ada nurse laki kat situ?????Kalau korang nak tahu,kalau nak bedah,kita kena pakai baju khas.Spenda pon diorg bagi.Ha pakai tu jek.yang lain-lain tak pakai.Paham kan kenapa aku memaki-maki dalam hati tadi???Nasib baik ada nurse lagi sorang ni,tarik baju aku pastu dia cakap,tutupkan laaa...malu dia.dia bujang lagi niii...Aku memang tak boleh nak tarik baju sendiri sebab tangan kiri dan kanan dah pasang wayar.

Lepas 3jam dari pembedahan.Aku cam sayup2 dengar suara nurse panggil aku.Time ni aku tak rasa sakit lagi.Mungkin sebab ubat bius masih ada.Pastu diorang tolak aku masuk ke wad balik.Beberapa jam lepas tu la aku dah start rasa sakit.Mak ayah aku ada teman aku.Masa bedah tu pon diorang tunggu kat luar.Lama tu tunggu.Terima kasih mak ayah!Masa ni boleh g cakap-cakap dengan mak ayah.Tak lama tu aku dah tak boleh cakap dah.Sakit wehhh...sakitttt.Aku tidur jek.Pastu abang ipar aku datang bawak aiskrim semangkuk.Doktor pon dah pesan lepas operate,makan aiskrim.Aku dok hospital 3 hari.Merasa gak la dok sini.Bedebar jek rasa.Abang aku telefon,dia tanya boleh cakap tak?Kalau tak boleh dia nak 3g.Nak pakai bahasa isyarat.Kurenggg sungguh abgku itu.

Dalam 10hari macam tu sakit tu still ada.Selama ni aku cakap slow jek.Gelak pon sikit jek.Batok ke tersedak ke pon susah.Makan pulak mak aku buatkan bubur.Tu pon dalam 2hari jek makan.Lepas tu mak buatkan nasi lembik.Tapi aku cepat jemu.Makan sikit jek.Sakit pon ye gak.Tu yang malas nak makan.Aku makan aiskrim,minom air.Tu jek.Ada 1 malam tu,aku gelak-gelak dengan member aku.Pastu aku rasa cm ada benda tertarik kat tekak ni.Aku dah rasa semacam dah.Jap g aku pergi tengok cermin.Aku tengok darah dah penoh dah satu mulut.Aku cepat-cepat pergi kumur pastu makan aiskrim.Nasib baik ok.Kalau tak..masak la aku kena masuk hospital balik.Takot!!!

Tapi sekarang ni rasa cam biasa jek kat dalam mulot ni.Takde pon rasa cam ada benda yang dah dibuang.Suara pon sama jek.Aku cuak gak.Takot la tiba-tiba sengauu ke.Cuma aku dah TAK BOLEH makan pedas.Aku dah cuba tapi mesti tekak aku rasa lain macam.Sampai sekarang air panas aku tak pernah sentuh.Makanan panas aku ada try.Tengok cam ok jek.huhu.Nanti lama-lama ok kottt...Jom layan gamba!

aku sorang2 jek kat wad ni...seb bek ada nurse..ngaaa
tonsil yg dah dibuang



dah tuka uniform dah
 ayg suke inteprem         
ceria sebelum operate..hahah                             



Wednesday, May 11, 2011

Ayah...ooo ayahhh....

Dulu-dulu masa baru-baru ayah pakai hp.Aku mesej ayah aku.Time tu aku pergi pekan dengan mak ayah dan jiran aku.Masa tu aku pergi bank dan mak ayah aku pergi ke tempat lain.Aku pon mesej ayah.Ayah,orang tunggu ayah kat cni(sini).Tak lama tu,ayah aku telefon.Ayah dah sampai ni.Mana korang??Eh,mana ada ayah.Orang kat tempat tadi tu ha.Ayah kat mana sebenarnya ni?Laa...kata tunggu kat cni.Ayah pon pergi la kat sana.Korang tau tak cni yang ayah aku maksudkan tu ialah kedai CNI.Ala...yang ada jual produk cni macam balm,ubat-ubat pe semua tu...hahahahah I'm sori ayah.

Hari tu masa nak pergi kenduri sedara kat klang.Aku cakap dengan mak.Mak,bila kita nak pergi jalan TAR ni??Lagi berapa bulan jek nak raya.Tiba-tiba ayah menyampuk.Buat apa nak pergi jalan TAR.Kat situ bukan ada apa pon.Baik korang pergi tempat yang korang salu beli-beli baju tu.Laaa,tu bukan jalan TAR ke yah??Apa pulak jalan TAR,tu Jalan Tuanku Abd Rahman.Pastu mak aku gelak tebelahak.Jalan TAR dgn Jalan Tuanku Abd Rahman tu sama laaaa.....Ayah...ayah...ayah pergi masuk maharaja lawak la yah..kompem menang!

Setiap kali AC Mizal jadi pengacara tv,mesti ayah aku malas nak tengok.Aku mesti begadoh punya la sebab dia suruh tukar channel.Pastu mesti dia cakap.Balik-balik si AC Milan ni..Suke nau nak tengoknya(Muke kompiden giler).Ayah,kalau AC Milan mesti ayah tak kan suruh tukar channel kan?Lagi nak tengok ada laa...Eh,AC Mizal laaa....silap-silap.hahahahaha...

Apa pon,ayah memang best la!!Dulu-dulu aku paling takot dengan dia.Sekarang dah ok.Dah bole jadi besprenn dah..hehehe I Love U la Pakcik Karim!

Tuesday, May 10, 2011

Tunangan orang!

30.04.2011
Aku telah selamat menjadi tunang kepada Marwan Safuan bin Salleh.Alhamdulillah apa yang dirancang berjalan dengan lancarnya.Perasaan??Hepiiiiii sangat-sangat dan sangat2 bersyukur.Akhirnya dapat gak tunang dengan chenta hati.Sekarang ni rasa macam silauuuuu jek bila pandang kat jari...wahahahhaah.Lepas ni pikir pasal kawen pulak..eceh!Semoga semuanya akan dipermudahkan.Aminnn.Haaa..pasan tak pasan tak 30 April tuuu...Mungkin la korang tak perasaan tapi ni secara kebetulan laa..Anniversary aku dengan marwan 30 Mac,tunang 30 April.Konon nak kawen 30 Mei 2012 tapi hari Rabu pulakkk.Hishhh...

Sebelum majlis bertunang,pagi tu ada buat majlis cukur jambul anak buah aku yang ketiga.Umur dah 10 bulan tapi baru nak cukur jambul.Ntah-ntah hariz boy ucu ni dah ada misai kot..Patut-patut cukur misaiii jek.Dalam pukul 2 petang,baru lah rombongan dari pihak lelaki datang.Dalam 16 orang camtu.Diorang bawak 5 dulang hantaran dan dibalas 8.Kenapa 8??Sebab sehari sebelum majlis,jiran aku ada bagi kuih sebakul.Siap hias bagai.Aku pun bagi jela.Biarlah tak ganjil pon.Malas nak pikir dah!

Masa diorang bincang-bincang,aku tengah menggelinjang kat dalam bilik dengan kawan-kawan aku.Posing sini,posing sana.Tiba-tiba diorang panggil keluar sebab nak sarung cincin.Aikkkkk tak sampai 1/2 jam kott berbincang.Aku korek-korek ngan orang-orang yang dengar apa yang dibincangkan tu kan,diorang kata,pak imam(wakil ayah aku)cakap,kalau ikot adat,ikat 6 bulan jek.Tapi kalau dah GERAMMM sangat,nak awal lagi pon boleh.Agak sengal di situ yeeeee.Encik tunang,awak gerammm ke tak??kikiki.Tapi kedua family dah setuju nak ikat setahun.Insyaallahh.You find the wayyyy...(Eh tenyanyi plakkk).Sempat lagi nak kumpul duit ni.

Memandangkan rumah aku tak berapa nak besar.Pelamin mini dipasang kat luar.Macam kat beranda tu ha.
Tak kesah la apa orang nak kata,yang penting aku suka!!!hahaha.Pelamin punya pasal,aku tidur pukul 3.30 pagi ko tau?Terima kasih yang tak terhingga kepada abang,akak ipar,adik beradik akak ipar dan bakal adik ipar akak ipar..aiii berapa banyak ipar laaa...wahahahah.Diorang ni la yang pasang pelamin.Aku tengokkkk jek.Hantaran pulakkk...haaa jangan main-main aku buat sendiri tauuu...Tapi ada jugak la yang jiran a.k.a mak bepren aku buat kan bekas coklat,sireh junjung.Pastu bespren aku,akak ipar pon ada gak tolong-tolong buat.
Konpiden gilerrr boleh buat sendiri sebab tengok macam senang jek.Sekali hampehhhhhh!barang-barang ada depan mata,aku terus blurrr...ngaaaa

Ehhhh...terlupa nak ucapkan TERIMA KASIH BANYAK2 kepada family tercinta,family encik tunang,sedara mara,jiran tetangga,rakan-rakan tersayang terutama jah dan jana yang menjadi camerawoman,ju yang banyak menolong di dapur,yina,ainur yang datang lambat!tony mashashi,fifi dan rakan-rakan yang wish kat telefon dan fb.Dah-dah,jom layan gambaaaaaaaaaaa..Sket2 jek upload..nak banyakkk tgk kt fb!: ))