Monday, November 14, 2011

Masihkah kau ingat???

Budak2 yg lahir pd thn 70/80/90an mesti ingat mase skolah rendah dulu * kat skola ade salesman jual buku cerita.ari ni bg list,esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau.salesman susu pon camtu gak. * kat library,budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je.bile ade program Nilam,sebok semua nak pinjam buku. * RMT kat skola mkn x best,tp yg berduit pon join RMT,x phm * gosok gigi ramai2 kat tepi longkang. * pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die. * main lwn pemadam,syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr,utk padam! * pakai pembaris yg bergerigi,kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu. * cikgu pakai pembaris kuning pjg.Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ. * bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan. * time pendidikan seni,lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh.ade gak buat anyaman pakai kertas warna,kolaj la,ape la. * main game 2D.super contra,super mario,street fighter,sume pakai tape. * jam tgn Boy London jd idaman,sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca. * takut BCG tp lepas inject poyo la pulak. * balik skola beli JoJo xpon Dendang.Tora pon best gak.Beli se mata2 nak mainan,coklat die x mkn pon. * Kasut berlampu kat tapak,yg iklan die kat tV bole tembak alien tu. * time waktu sekolah,org len bawak buku,kebanyakkan kite bwk keta dash,tamia pastu men dlm longkang.bwk charger g sekolah lagi.yang paling x tahan.bis satu sekolah blackoout sbb charge kat plug dlm kelas. * Siri kartun;power rangers,ultraman,ninja turtles,Thundercats,dragonball,Gaban dan mcm lg.jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni.asyik ngadap tv n ps.huhu~ni la baru zaman kita kawan2....
 p/s Ni aku cilok kt fb member aku.

Friday, November 11, 2011

Sesuatu yang tak diduga

Uhuk..uhuk...berhabuknya blog ni!

Kelmarin genap 6 tahun umur AYANG.AYANG satu-satunya anak akak aku .Dia takda abang,akak mahupun adik sebab tu manja terlambpau-lampau sampai satu tahap ko rasa nak bagi pelempang.

Masa bulan puasa ritu aku balik kampung.Aku tengok badan akak aku menjadi-jadi naiknya.Dia cakap nak kata kuat makan,takde pulak. Tapi dia cakap perut dia lain macam.Aku dengan mak siap rasa lagi.Keras bebenor perotnya.

Mak risau dan paksa akak aku pergi klinik.Takot la kalau paper ke.Kalau mengandong Alhamdulillah la kan.Tapi sebelom pergi klinik akak aku pergi farmasi nak beli pregnancy test tu tapi malu nak pergi beli.Laki bini malu nak masuk farmasi.Apa ke sengal dua dua orang ni haa.Ada ke patut soh mak aku pergi beli.Mak aku cakap haah!aku ni tak malu la nak pergi beli?Kang orang kata aku yang mengandong.

Setelah di test,ternyata ada 2 palang merah!kira sah la mengandong kan??Petang tu akak aku terus pergi Hospital Terendak dengan laki dia.Bila dah check tu korang tahu tak akak aku dah mengandong bape bulan??tahu tak??cer teka cer teka.Dah 7 BULAN dah woiiii.Gila lah!tak tahu mengandong,tapi bila dapat tahu dah 7 bulan.Nasib baik tak terberanak dalam toilet kan?Tanjat makkkk!Lepas dak check akak aku kena naik ambulan ke Hospital Melaka sebab nak dapatkan rawatan lebih lanjut.Last2 kena admit sebab darah tinggi.Mungkin terkejot naik ambulan tadi.Sengsorang lak tu berteman kan nurse.Abang ipar aku balik rumah ambil ayang dengan mak.Tahu lak ko cuak kan long??kikikiki

Semua pelik sebab yela tak tahu ke mengandong?Tak rasa ke baby gerak2?Tapi akak aku memang tak bajet pon mengandong sebab dia punya period tak teratur.Yang pasal baby gerak ke tak tu aku tanya dia,ko tak rasa ke along?Akak aku cakap ntah!aku rasa macam memulas jek perot ni.Time ni aku rasa nak tepok jek dahi akak aku.(Kuang ajau punya adik).

Kira akak aku bertuah la kan?Takyah nak muntah-muntah ke mabuk bagai tu.Sihat walafiat jek dia.Hahhhhhh dah tak lama dah akak aku nak bersalin.Bulan depan!!Yeayyyy nanti dapat anak buah baru.Tahun depan time raya nak menyorok sebab anak buah dah bertambah.Nanti tambah lagi ngan anak buah belah bakal suami.hik  *berlari ambil tabung* Nak start menabung dari sekarang!

Tuesday, June 28, 2011

Tak berkat la woi apa yang ngko hambekk tu

Semalam aku tengok berita kat tv3.Pasal penyangak yang menyamun cikgu yang tengah panaskan enjin kat depan rumah dia.Depan rumah weh.depan rumah.Skang ni kat mana-mana pon dah tak selamat.Tapi nasib cikgu tu baik la sebab dia selamat.Penyangak bersenjatakan parang.Bapak cuak la kalau aku yang berada kat tempat cikgu tu.Mau mengucap terus la gamaknya.Tak pon tekincit-kincit dah aku time penyagak acu parang tu ha.Ishhh simpang malaikat 44!mintak jauhhhhh.Aku ni tak pernah la ada pengalaman macam tu.Cuma 2 tahun yang lepas,15 Jun 2009 pencuri masuk rumah aku.Time diorang masuk tu dalam pukul 2 - 4 petang macam tu kot. Mak aku pergi rumah jiran selang 3 buah rumah jek dari rumah aku sebab ada kenduri arwah.Masa tu hari isnin.Subuh isnin tu aku dah gerak balik putrajaya.Kira tinggal mak aku sorang-sorang.Mak aku nak balik rumah sebab nak solat asar kalau tak silap.Mak aku sampai jek kat rumah tengok-tengok penyidai baju betul-betul kat depan pintu.Dia dah rasa lain dah sebab masa dia pergi rumah jiran tu,penyidai tu kat tepi rumah.Dia pon pergi kat pintu dan tengok pintu rumah dah terbukak.Mak aku dah berdebar dah time ni.Mak aku bukak pintu slow-slow sebab mak aku bajet akak aku ada kat dalam rumah ambil barang ke apa.Tapi bila dia tengok jek kat grill pintu yang dah kopak habes.Dia terus belari masuk bilik.Dia tengok kat bilik tu semua barang dah besepah.Yang peliknya penyangak tu masuk bilik mak aku jek.Eh kau ni.Hidong kau ada bau emas ngan duit eh??Macam tau2 jek mak aku letak kat mana kan.Mak aku time ni dah lembik dah kalau tak silap.Pastu kebetulan jiran aku ada kat luar buang sampah dan mak aku jerit panggil jiran aku.Jiran aku cakap mak aku dah menanges-nanges dah time tu dan macam sasau jap.Sekejap duduk.sekejap bangun.sekejap baring kat bilik.Yela weh mana tak sasau.SEMUA barang kemas pennyangak tu dah rembat.KURANG AJAUUU betul ngko kan?mampos la hendaknya.Pastu ada la duit cash mak aku simpan untuk guna time tedesak.Yang tu pon semua diorang kebas.Total semua aku tak ingat la tapi dah memang takde apa yang tinggal.Barang kemas tu mak aku sayang wehh.Dari dulu-dulu dia simpan barang tu.Sekarang ni mana ada dah dia nak beli barang-barang kemas.Mak aku cakap serik.Tapi apa yang berlaku semua ni pasti ada hikmah kan?Yang penting mak aku selamat.Kitorang satu family pon selamat.Barang ngan duit tu semua boleh cari ye tak?Ni ada pesanan untuk penyangak penyangak kat luar sana. 

"Hey penyangak!! semoga ngko mendapat hidayah.Jangan ingat bila kau hambek barang orang,ngko selamat,akan datang kita tak tahu lagi.Tapi aku yakin.Hati ngko mesti tak tenangkan?"

Ehh penyangak tahu ke baca blog?

Tuesday, June 21, 2011

Wordless Wednesday

Thank You LOVE.<3 <3 <3

WEDNESDAY???bukan rini tuesday?
Korang buat-buat tak nampak la ye(kaber-kaber)

Monday, June 20, 2011

Mari kita jogging di pantai


cer teka kitorang buat apa tu?
main pasir
fiza dengan boipren dia
wehhh g jogging la wehhh

ko amek tutup periuk sape tu yan??
bdk ni la yg tak bagi member2 diorg jogging

rajin nya dieee

ha tengok..bole begosip2 kan?

melurus kan pinggang setelah penat mencari


haaaa..benda ni la yang kitorang cari.
amboi-amboi.jadi mandorrrr..hahah
ni remis ye tuan-tuan dan puan-puan

dlm plastik tu hasil tangkapan
eh!tayar kereta sapa tu?

macho man.hahah


riang nauu ati korang

remis masak berlada.nyum2
ni la rupa remis setelah di masak



Korang kalau nak try remis ni,jemput-jemput la datang ghumah aku kat kg yeeee...:))

Friday, May 27, 2011

Aku pun ada tauuu

Bukan juju,jana,pyjah,yina,cokeng,izatieunos
jek ada twitter
Aku pun ada tauuuuuuuu
Mari follow aku kat sini
Sedap weh..sedap main twit2 ni
Engkau nak twit sesaat sekali pun boleh
Takde orang pon nak marah
 #nakpakaibbnantiakubolehtwitkorang24jam

Wednesday, May 25, 2011

Pengalaman naik lif

Cehh pengalaman la sangatkannn.Sebenarnya aku hari-hari naik lif.Almaklumlah duduk kondo #tipu.Kat ofis pon kena naik lif jugak sebab ofis tinggi sangat(tingkat 5 je pon).Meh aku nak story sket kejadian-kejadian yang berlaku masa aku naik turun lif.

Dulu-dulu masa aku dok kat rumah sewa lama aku salu bosan nak menunggu lif tu sampai sebab rumah aku atas sekali.Selalunya aku akan belek-belek hp aku.Aku akan mainnn jek hp tu.Pastu bila lif dah berhenti aku pon keluar.Dah keluar tu aku menonong jek jalan sampai ke rumah.Aku pon raba-raba kunci rumah kat dalam beg.Bila aku nak bukak pintu grill rumah,Aku rasa lain macam.Nape la tiba-tiba kat grill tu takde mangga.Tak kan la hilang kan.Aku laju jek tengok nombor rumah.Aikkkkkk...ni bukan nombor rumah aku ni.Patutlah kat grill takde mangga.Rupanya salah rumah.Nasib baik takde orang.Tapi malu la jugak dengan diri sendiri .Terus nekad taknak naik lif.Naik tangga jek.Nekad untuk time tu jela.Lepas tu elok jek naik lif balik.Ni semua sebab leka main hp.Padan muke aku salah rumah!

Kalau naik lif aku mesti nak tengok keliling lif tu.Tu kalau sorang-sorang la.Kalau orang ramai dalam lif apa kejadahnya aku nak tengok keliling.Kang orang kata aku gila lak.Nanti bila aku terbaca apa yang diorang-diorang ni conteng kat dinding lif tu,Aku mesti tegelak sorang-sorang.Kalau la ada cctv kat dalam tu,mau nya orang tu cakap aku gila sebab aku gelak sorang-sorang.Bukan senyum kambing tu weh..ni gelak tebelahak tu ha.Sape rapat ngan aku tahu la aku gelak camne.Diorang tu conteng kat dinding lif tapi bagi aku cam comel jek diorang nak conteng-conteng kat situ.Contoh la kan.Sorang tu tampal note kat dalam lif."Sesiapa ada terjumpa wallet berwarna pink,sila hubungi saya 016-235xxxx."Pastu nanti ada jek yang menyampuk.Siap buat anak panah lagi kat kertas tu.Comelnya wallet dia..warna pink lagi!.Pastu sorang lagi menyampuk banyak ke duit dalam tu?.Heyyy...jangan conteng kat sini la!Eh!ske ati aku la nak conteng ke tak!!Cute vandalism kan kan??Korang kalau terjumpa korang nak buat apa?Baca dengan siyes ke??Ke gila cam aku jugak??Jap lagi tengah tergelak-gelak tu,tiba-tiba lif berhenti sebab ada orang nak naik.Jenuh aku nak cover gelak ko tau!!Kejung mulut aku ni.

Haritu kan.aku nak naik lif.Masa aku nak naik lif tu.Aku cam belari sket la nak masuk ke lif tu.Tapi aku tengok ada sorang mamat ni tekan butang tutup tu cepat-cepat.Dia cam tak nak kasi aku masuk lif tu.Aku tak kira!!Aku nak masuk gak.Aku pon wat muka rileks jek masuk dalam tu.Baru aku nak tarik nafas kan.Aku dah terbau sesuatu dah.Terus rasa nak tahan nafas.Nak tau kenapa??Mamat tu kentot dowhhh.Mak aiiii bau kentot ko bangggg.Rasa nak bunuh diri dalam lif tu jek.Tak sanggup tak sangguppp.Patut la masa aku nak naik tadi,kemain laju dia nak tutup pintu lif.Kau buat projek kat dalam tu ye?Senonoh nauu perangai ko bang!Rasa nak mintak nombor tipon!Nak kenal-kenal.Nanti boleh lawan sapa punya kentot lagi wangi kann??Tu baru bau kentot tu.Kalau bau sampah pulak cane?Adoiyaiiii diorang ni.Berapa tahun tak buang sampah agaknya?Dah macam kat tempat pembuangan sampah dah aku rasa lif tu.Dengan air menitik-nitik.Euwwww geliiiiiiiiiiiii mat mat mat!!!Kalau aku yang bawak sampah tu aku dah pakai topeng dah sebab nak cover malu.Satu lif kotttt leh bau.Habis hilang bau perfume cosway mahal aku tu.

Ni ada lagi satu cite aku nak bagitahu.Aku ni jenis suka sandar-sandar kat dinding lif tu.Kadang-kadang cam tak sedar aku besandar kat situ.Tahu dah dinding tu kotor.Tapi nak wat cane.Aku dah cakap tadi kan aku ter...ter la wehh...Pastu bila dah sandar tu rasa cam ada benda melekat-lekat kat baju tu.Hah sudah!aku mula la rasa semacam jek.Aku tengok-tengok jek..Eeeeeeeeeeeeeeee air liur weh...air liur..Bodoh punya orang!!dah banyak sangat ke air liur ko tu sampai ko tak menyempat2 nak meludah???Dalam lif pon jadi.Kat dinding lak tu.Cane la cara ko meludah tu kan?Korang dapat bayangkan tak?Meludah kat lantai lif tu dah biasa sangat dah.Dah rasa macam ko naik atas singki.Bukan naik lif dah.Merata-rata air liur.Kadang-kadang chewing gum pon ada.Ko tak kesian ke kat orang yang terpijak chewing gum tu weh?Penat nak buang.Ko ingat senang nak tanggal kalau dah melekat kat kasot ke kat baju ke.Pikir la weh..pikir!Ehhh..emosi pulak aku menulis hari ini.hahahah

Friday, May 20, 2011

Sekadar berkongsi

Tadi aku dapat emel ni
Tapi aku tak tahu la sejauh mana kebenarannya
Jom baca!

PANADOL BERBAHAYA 

CHEMICAL HAZARD - Paracetamol ( acetaminophen ) berbahaya 
 JANGAN AMBIL PANADOL ACTIFAST/SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)
UNTUK PENGETAHUAN,
ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…
 
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
 
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Alternative Treatment ( Tips )
 
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.
 
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
 
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
 
Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
 
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Thursday, May 12, 2011

Buang tonsil

Selama ni aku asikkk la demam.Demam yang berulang-alik.Kalau pergi klinik mesti dapat mc sehari-2 hari macam tu.Last2 aku pergi hospital then doktor suruh aku rujuk ke pakar.Bila dah rujuk pakar.Dia suruh aku buang tonsil kiri dan kanan sebab dah besar dan dah ada bintik-bintik putih.Kalau tak buang pon boleh tapi nanti ada effect lain dan bila aku demam tu,aku paling susah nak menelan.Dan aku ambil keputusan untuk buang kedua-duanya.

Sehari sebelum hari pembedahan.Aku masuk wad.Bermalam la aku kat hospital dan berpuasa start pukul 12 malam.Pastu esoknya dalam pukul 9 pagi aku dah siap-siap dah.Aku kena sorong atas troli pastu terus masuk ke bilik persediaan bedah.Masa kat tempat tu,nurse nak masukkan air dalam badan.Agak susah la nurse tu nak jumpa urat aku.Mula-mula dia cucuk jarum belah kiri.Tapi air dalam tabung tu tak keluar-keluar.Pastu bukak balik jarum cucuk pulak belah kanan.Nasib baik jumpa.Kalau tak cucuk jela kat hidung saya ni nurse!

Tak lama tu aku masuk dalam bilik bedah.Bedebar ngkooo...Diorg pasang ntah apa-apa wayar kat badan ni sebab aku akan di bius habes.Part ni aku menyampah gila.Menyumpah2 aku dalam hati.Ada sorang nurse pompuan ni.Selak-selak baju aku sebab nak cucuk wayar tu.Tapi bukan selak sikit jek.Selak banyak.hey sengal!!ko tak nampak ke ada nurse laki kat situ?????Kalau korang nak tahu,kalau nak bedah,kita kena pakai baju khas.Spenda pon diorg bagi.Ha pakai tu jek.yang lain-lain tak pakai.Paham kan kenapa aku memaki-maki dalam hati tadi???Nasib baik ada nurse lagi sorang ni,tarik baju aku pastu dia cakap,tutupkan laaa...malu dia.dia bujang lagi niii...Aku memang tak boleh nak tarik baju sendiri sebab tangan kiri dan kanan dah pasang wayar.

Lepas 3jam dari pembedahan.Aku cam sayup2 dengar suara nurse panggil aku.Time ni aku tak rasa sakit lagi.Mungkin sebab ubat bius masih ada.Pastu diorang tolak aku masuk ke wad balik.Beberapa jam lepas tu la aku dah start rasa sakit.Mak ayah aku ada teman aku.Masa bedah tu pon diorang tunggu kat luar.Lama tu tunggu.Terima kasih mak ayah!Masa ni boleh g cakap-cakap dengan mak ayah.Tak lama tu aku dah tak boleh cakap dah.Sakit wehhh...sakitttt.Aku tidur jek.Pastu abang ipar aku datang bawak aiskrim semangkuk.Doktor pon dah pesan lepas operate,makan aiskrim.Aku dok hospital 3 hari.Merasa gak la dok sini.Bedebar jek rasa.Abang aku telefon,dia tanya boleh cakap tak?Kalau tak boleh dia nak 3g.Nak pakai bahasa isyarat.Kurenggg sungguh abgku itu.

Dalam 10hari macam tu sakit tu still ada.Selama ni aku cakap slow jek.Gelak pon sikit jek.Batok ke tersedak ke pon susah.Makan pulak mak aku buatkan bubur.Tu pon dalam 2hari jek makan.Lepas tu mak buatkan nasi lembik.Tapi aku cepat jemu.Makan sikit jek.Sakit pon ye gak.Tu yang malas nak makan.Aku makan aiskrim,minom air.Tu jek.Ada 1 malam tu,aku gelak-gelak dengan member aku.Pastu aku rasa cm ada benda tertarik kat tekak ni.Aku dah rasa semacam dah.Jap g aku pergi tengok cermin.Aku tengok darah dah penoh dah satu mulut.Aku cepat-cepat pergi kumur pastu makan aiskrim.Nasib baik ok.Kalau tak..masak la aku kena masuk hospital balik.Takot!!!

Tapi sekarang ni rasa cam biasa jek kat dalam mulot ni.Takde pon rasa cam ada benda yang dah dibuang.Suara pon sama jek.Aku cuak gak.Takot la tiba-tiba sengauu ke.Cuma aku dah TAK BOLEH makan pedas.Aku dah cuba tapi mesti tekak aku rasa lain macam.Sampai sekarang air panas aku tak pernah sentuh.Makanan panas aku ada try.Tengok cam ok jek.huhu.Nanti lama-lama ok kottt...Jom layan gamba!

aku sorang2 jek kat wad ni...seb bek ada nurse..ngaaa
tonsil yg dah dibuang



dah tuka uniform dah
 ayg suke inteprem         
ceria sebelum operate..hahah                             



Wednesday, May 11, 2011

Ayah...ooo ayahhh....

Dulu-dulu masa baru-baru ayah pakai hp.Aku mesej ayah aku.Time tu aku pergi pekan dengan mak ayah dan jiran aku.Masa tu aku pergi bank dan mak ayah aku pergi ke tempat lain.Aku pon mesej ayah.Ayah,orang tunggu ayah kat cni(sini).Tak lama tu,ayah aku telefon.Ayah dah sampai ni.Mana korang??Eh,mana ada ayah.Orang kat tempat tadi tu ha.Ayah kat mana sebenarnya ni?Laa...kata tunggu kat cni.Ayah pon pergi la kat sana.Korang tau tak cni yang ayah aku maksudkan tu ialah kedai CNI.Ala...yang ada jual produk cni macam balm,ubat-ubat pe semua tu...hahahahah I'm sori ayah.

Hari tu masa nak pergi kenduri sedara kat klang.Aku cakap dengan mak.Mak,bila kita nak pergi jalan TAR ni??Lagi berapa bulan jek nak raya.Tiba-tiba ayah menyampuk.Buat apa nak pergi jalan TAR.Kat situ bukan ada apa pon.Baik korang pergi tempat yang korang salu beli-beli baju tu.Laaa,tu bukan jalan TAR ke yah??Apa pulak jalan TAR,tu Jalan Tuanku Abd Rahman.Pastu mak aku gelak tebelahak.Jalan TAR dgn Jalan Tuanku Abd Rahman tu sama laaaa.....Ayah...ayah...ayah pergi masuk maharaja lawak la yah..kompem menang!

Setiap kali AC Mizal jadi pengacara tv,mesti ayah aku malas nak tengok.Aku mesti begadoh punya la sebab dia suruh tukar channel.Pastu mesti dia cakap.Balik-balik si AC Milan ni..Suke nau nak tengoknya(Muke kompiden giler).Ayah,kalau AC Milan mesti ayah tak kan suruh tukar channel kan?Lagi nak tengok ada laa...Eh,AC Mizal laaa....silap-silap.hahahahaha...

Apa pon,ayah memang best la!!Dulu-dulu aku paling takot dengan dia.Sekarang dah ok.Dah bole jadi besprenn dah..hehehe I Love U la Pakcik Karim!

Tuesday, May 10, 2011

Tunangan orang!

30.04.2011
Aku telah selamat menjadi tunang kepada Marwan Safuan bin Salleh.Alhamdulillah apa yang dirancang berjalan dengan lancarnya.Perasaan??Hepiiiiii sangat-sangat dan sangat2 bersyukur.Akhirnya dapat gak tunang dengan chenta hati.Sekarang ni rasa macam silauuuuu jek bila pandang kat jari...wahahahhaah.Lepas ni pikir pasal kawen pulak..eceh!Semoga semuanya akan dipermudahkan.Aminnn.Haaa..pasan tak pasan tak 30 April tuuu...Mungkin la korang tak perasaan tapi ni secara kebetulan laa..Anniversary aku dengan marwan 30 Mac,tunang 30 April.Konon nak kawen 30 Mei 2012 tapi hari Rabu pulakkk.Hishhh...

Sebelum majlis bertunang,pagi tu ada buat majlis cukur jambul anak buah aku yang ketiga.Umur dah 10 bulan tapi baru nak cukur jambul.Ntah-ntah hariz boy ucu ni dah ada misai kot..Patut-patut cukur misaiii jek.Dalam pukul 2 petang,baru lah rombongan dari pihak lelaki datang.Dalam 16 orang camtu.Diorang bawak 5 dulang hantaran dan dibalas 8.Kenapa 8??Sebab sehari sebelum majlis,jiran aku ada bagi kuih sebakul.Siap hias bagai.Aku pun bagi jela.Biarlah tak ganjil pon.Malas nak pikir dah!

Masa diorang bincang-bincang,aku tengah menggelinjang kat dalam bilik dengan kawan-kawan aku.Posing sini,posing sana.Tiba-tiba diorang panggil keluar sebab nak sarung cincin.Aikkkkk tak sampai 1/2 jam kott berbincang.Aku korek-korek ngan orang-orang yang dengar apa yang dibincangkan tu kan,diorang kata,pak imam(wakil ayah aku)cakap,kalau ikot adat,ikat 6 bulan jek.Tapi kalau dah GERAMMM sangat,nak awal lagi pon boleh.Agak sengal di situ yeeeee.Encik tunang,awak gerammm ke tak??kikiki.Tapi kedua family dah setuju nak ikat setahun.Insyaallahh.You find the wayyyy...(Eh tenyanyi plakkk).Sempat lagi nak kumpul duit ni.

Memandangkan rumah aku tak berapa nak besar.Pelamin mini dipasang kat luar.Macam kat beranda tu ha.
Tak kesah la apa orang nak kata,yang penting aku suka!!!hahaha.Pelamin punya pasal,aku tidur pukul 3.30 pagi ko tau?Terima kasih yang tak terhingga kepada abang,akak ipar,adik beradik akak ipar dan bakal adik ipar akak ipar..aiii berapa banyak ipar laaa...wahahahah.Diorang ni la yang pasang pelamin.Aku tengokkkk jek.Hantaran pulakkk...haaa jangan main-main aku buat sendiri tauuu...Tapi ada jugak la yang jiran a.k.a mak bepren aku buat kan bekas coklat,sireh junjung.Pastu bespren aku,akak ipar pon ada gak tolong-tolong buat.
Konpiden gilerrr boleh buat sendiri sebab tengok macam senang jek.Sekali hampehhhhhh!barang-barang ada depan mata,aku terus blurrr...ngaaaa

Ehhhh...terlupa nak ucapkan TERIMA KASIH BANYAK2 kepada family tercinta,family encik tunang,sedara mara,jiran tetangga,rakan-rakan tersayang terutama jah dan jana yang menjadi camerawoman,ju yang banyak menolong di dapur,yina,ainur yang datang lambat!tony mashashi,fifi dan rakan-rakan yang wish kat telefon dan fb.Dah-dah,jom layan gambaaaaaaaaaaa..Sket2 jek upload..nak banyakkk tgk kt fb!: ))

Wednesday, March 30, 2011

Ucu vs Ayang

Hari ahad lepas aku kebosanan kat rumah
Pastu aku telefon akak aku
Masa aku tengah cakap dengan akak aku
Ayang sibok nak cakap dengan aku
Antara perbualan aku dengan ayang

Ucu : Ayangggggggggggggg
Ayang : Ucu,ucu, ko nak mamposss ke??
(Ayangggg,mama lempang mulot ayang nanti....aku dengar akak aku marah dia)
Ucu : Nanti ucu balik,ucu lempang ayang ehhhh
Ayang : Hikhikhik(Gelak gedik)
Ucu : Dah la...tak nak cakap dengan ayang lagi
Ayang : Nantiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Ucu : Kenape????
Ayang : Takde apeeeeeeeeeeeee...bye!
Ucu : Bertuah punya anak buah!
 
Korang tengok gambar tu
Sanggup ke tak nak bagi pelempang???
Adoi laaa
Mulot mengalahkan mulot orang tua!
Pengaruh kawan-kawan betul la budak ayang ni
Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Happy 5th Anniversary Sayang!

Mana surprise tok tahun ni sayang??
Saya tunggu dari malam tadi tauuuu..
(Nak yang macam tahun lepas boleh??)

Memandangkan tahun ni tak dapat suprise
(Dengan harapan balik kerja ni dapat pape..haha)
Aku nak kongsi dengan korang
Pasal anniversary yang tahun lepas punye
Masa tahun lepas,aku ingat nak pergi jumpa dia pukul 12.00am
Tapi tak jadi sebab member aku datang rumah
Borak punya borak dengan member 
Aku pon tertidur sebelum sempat nak wish pape kat dia
Sebelum tidur aku tak perasan yang aku silent mode kan hp aku tu

Dalam pukul 4.00am aku terjage
Aku tengok ada puluh-puluh miskol 
Mesej pon boleh tahan banyak
(terasa besalah di situ)
Nak tahu kenapa banyak sangat miskol??
Sebabbbbbbbbb
Buah hati datang rumah!
Dia datang pukul 12.00am tu wehh
Siap tecegat depan pintu,ketuk-ketuk pintu
Dengan harapan ada orang yang terjage
Telefon aku banyak-banyak kali tapi tak angkat
Dalam sejam kot dia tunggu kat situ
Tapi tak tahu la nape aku tak sedar langsung
Padahal kalau silent pon hp stil vibrate kan?
Dia siap bawak kek lagi tau
Dah la naik motor sorang-sorang
Konon nak surprisekan makwe nya tapi hampehhh
Makwe nya tidur mampos..huhu

Keesokannya lepas balik kerja aku pergi jumpa dia
(Konon-konon nak pujuk sebab rasa besalah SANGAT2)
Pastu aku bawak kek SR 1 slice dengan card
(Dasar makwe kedekot!)
Aku pulak ada training nasyid kat opis malam tu
Dia cakap biar dia hantar sebab dia nak pergi jumpa kawan dia
Lepas aku dah habis training dia pon datang ambil
Pastu ajak lepak kat area masjid putrajaya tu
Nak makan kek yang aku bagi la tu konon-konon nya

Lepas kek dah selesai masuk perut
Aku pun soh dia hantar aku balik
Aku dah naik kereta pastu dia cakap
Dia : Awak,ambik kan stokin saya kat bonet.
                                Nak soh awak basoh.Stokin ada kat dalam kasot tu.
Aku : Alaaa...jap lagi ambik la..
Dia : Pergi la ambikkkk...kang lupeee
Aku : Ishhhh...orang cakap nanti-nanti laaaa
Dia : Pergi ambik skang!(dengan tegasnye)
Aku pon laju jek pergi bukak bonet tu
Bila dah bukak aku teros menjerit
Korang tau aku nampak ape??
Stokin memang aku tak nampak dah 
Tapi yang aku nampak paper bag CR(Carlo Rino)
Aku dah tahu dah ape yang ade dalam tu
Ade handbag weh...handbag!!
Handbag tu aku memang nak sangat-sangat
Setiap kali pergi CR aku mesti usha beg tu punya
Aku nak beli tapi dia cakap membazir
Tak sangke langsung dia akan belikan
Patut la beriya soh aku ambik 'stokin'
Ade 'stokin' kuning ghupenyeeeeeeee 
(Yang dia hantar aku pergi nasyid tu konon-konon 
nak pergi jumpa kawan padahal dia pergi alamanda
Tak tahu pulak ada 'kawan' dia dok situ..hahaha)
Thanx buah hati!!
Meh nak tunjuk gambar 'stokin' kuning
Taraaaaaaaaaaaa
'stokin' kuning dengan model..hik!
 Sweet kan pakwe saya???
(Sila muntah hijau sekarang!!)

* Semoga hubungan kita kekal sampai ke akhir hayat...i luv u ketat2 la buah hati!!kalau awak buat surprise lagi tahun ni,lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii la saya sayang!!!!hahahaah

Monday, March 28, 2011

Sesi Kenal-Mengenal

Minggu lepas aku ambil cuti.Agak lama jugak la.Cuti sebab balik kampung.Tapi bukan kampung melaka.Ni bakal kampung.Kampung kat kelantan.Ehem..ehem.Giler teruja ngko sebab sama-sama balik kampung dengan buah hati.Yela,selama ni dok hantar dia balik kampung naik bas.Tu pon hantar sampai stesen bas jek.Takpon dia balik sorang-sorang naik motor.Kali ni seronok melampau-lampau sebab dah lama mengidam nak balik kampung buah hati.Aku kan takde kampung.Maksudnya aku tak pernah la rasa nak balik kampung jauh-jauh macam tu.Kalau raya pon sedara mara aku berkumpul kat rumah aku.Kira aku ni dah memang duduk kat kampung kan..Tu yang gayat semacam bila dapat balik kampung.

Aku gerak dari sini pukul 9.00 malam.Makan-makan dulu pastu terus gerak.Tak jauh pon lagi,pundi kencing dah penuh sebab time orang makan nasi,aku makan ais.Berhenti la kat stesen minyak kat KL tu pastu buah hati laju jek pergi beralih tempat kat sebelah.Maknanya,aku la yang kena drive kan???Ok la..aku bawak kereta dari KL sampai Merapoh.Dari Merapoh,buah hati pulak bawak sampai Machang.Dalam pukul 4.00 pagi sampai kat rumah dia.Sian mak buah hati.Tengah sedap-sedap tidur pastu orang datang rumah.Siap buat air dan panaskan kuah kari cecah dengan roti.Mabelessss!!Mula-mula malu nak makan,tapi lama-lama jadi tak malu pulak.Bape keping aku bedal.Lapooo weh.Terhentak-hentak masa dalam kereta kan.Tu yang tak sedo diri bila jumpa makanan sampai lupa nak control ayu...wahahaahhah.Borak punya borak,pukul 5 lebih baru masuk tido.

Aku set alarm.Konon-konon nak bangun pukul 8.00 tapi hampehh...Pukul 10.00 baru sedar.Menggelupor aku bangun.Malu weh dok rumah orang bangon lambat.Kalau kat rumah sendiri,takde maknanye nak bangun pukul 10..mau pukul 40 baru bangun..hahaha(tu ayat mak aku tu).Mandi-mandi pastu tengok buah hati beli kan nasi kerabu..yummyyyyyyyyy!sedap gilosss...Lepas makan lepak-lepak kat luar rumah jap,borak-borak.Tapi mata aku kuyu jek..Jenoh aku kaber mata ni.Adoiii tak bole bla dia punya mengantok.Buah hati dah gelak-gelak kan aku.Pastu aku masuk dalam rumah konon-konon tengok tv.Bila orang takde,aku curi-curi baring kat sofa.Dengar bunyi tapak kaki,laju-laju jek aku bangun..hhahahah Hari berikutnya aku bangun la pukul 8.Tapi pukul 6 mata aku dah terkelip-kelip dah.Usha-usha line tengok sape dah bangun.Tapi tengok-tengok gelap jekkk...

Masa kat sana tak sempat pergi mana pon. Ada la pergi Kota Bharu jap beli barang.Lepas tu pergi KB Mall.Pastu pergi Wakaf Che Yeh(WCY).Kat sana musim hujan.Nak bejalan pon takde mud.Masa aku sampai WCY belum hujan lagi tapi tengah-tengah jalan tu,hujan lebat.Bila dah hujan,dah basah.Satu barang pon aku tak beli.So,ole-ole untuk korang pon takde la ye..huhu Pastu buah hati kata,esoknya nak pergi Kota Bharu lagi tapi takde ponnnnnnnn....Esoknya dia bangun pukul 40!Dah petang nak keluar jalan apanya.Kira dok kat rumah jela.Tapi malam tu ada buat BBQ.Nah layan gambar yang tak berapa nak banyak ni..
kerang,hotdog.ayam..nyum2!!

ma,adik bongsu dan buah hati

nenek buah hati(aku),adik bongsu,adik 2nd last,akak

bakal menantu n bakal mertua..ahak!

adik beradik buah hati dan nenek buah hati(aku lagi)

ayam yang hangussss...heheeh


i luv u buah hati!!
TERIMA KASIH family buah hati sebab layan macam puteri.Terharu sangat sebab mak buah hati siap soh guna bilik dia sampai mak dan ayah buah hati tidur kat ruang tamu.Padahal boleh jek kongsi bilik dengan akak buah hati yang bujang tuuuuu.Doakan saya dan buah hati kawen cepat-cepat!nanti boleh balik kampung lagiiiiiiii....heheheheh

Tuesday, March 15, 2011

Selamat Pengantin Baru

Kepada
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Marwan Safuan dan Nazira
 
Ni bukti yang mereka sudah berkahwin
Nampaknya mereka berkahwin pada hari khamis
Kerana pengantin perempuan memakai baju batik..kikiki
Dah gatal beno ngko ni zira??
Belom masa nya lagi yeeee

Tuesday, March 8, 2011

Mari menderma

Minggu lepas aku balik kampung
Masa kat kampung tu jiran aku datang rumah nak kutip derma
Ni sempena hari apa ntah kat sekolah anak dia
Anak yang patut pergi minta derma tu
Ni tak,mak nya pulak yang kena

Aku teringat masa zaman sekolah dulu
Kena kutip derma sempena hari pahlawan la hari bacaan buku laa
Macam-macam lagi la
Besusah payah ni aku pergi kutip derma dengan kawan-kawan aku
Pergi naik basikal sampai ke kampung sebelah
Pastu bila mintak derma kat orang-orang kampung tu
Diorang bising-bising
Sian kat kitorang kan kan

Pastu bila diorang dah bagi duit derma tu
Diorang kena tulis nama dan jumlah duit yang di dermakan tu
Selalunya mesti diorang tulis 'hamba Allah' jumlah RM 0.50
Betul tak??Agak-agak bagi banyak baru la tulis nama

Pastu time jalan-jalan nak kutip derma tu
Nanti terserempak dengan member kelas yang lain
Mesti aku dengan kawan-kawan aku kayuh basikal laju-laju
Sebab tak nak diorang ikot kitorang
Bila dah ikot,nanti ramai-ramai pergi mintak kat rumah yang sama
Jadi tak best sebab tuan rumah tu mesti bagi sket jek...kikiki
Yela,ko giler ker nak pergi ramai-ramai
Kalau sorang dia bagi RM1.OO
10 orang dah berapa pulak kann

Aku dulu selalu menipu
Alaaa tipu sunat jek
Aku salu menipu kat list nama yang cikgu bagi tu
Contohnya kalau mak aku bagi aku RM2.00 untuk derma
Jap g aku tulis nama mak aku jumlah RM1.00
Pastu hamba Allah RM0.50 dan
Hamba Allah lagi RM0.50
Tapi jumlah nya sama jek RM2.00 kan?
Konon-konon bila aku wat macam tu
Cikgu tahu la aku rajin pergi kutip derma
Konon-konon aku dah kutip kat ramai orang laa
Korang diam-diam tau!
Jangan bagitau cikgu aku

Thursday, March 3, 2011

Kite bako!!bako!!!

Hah!
Korang suka makan roti bakar tak?
Tahu macam mana nak bakar roti?
Tahu tak ni????
Cuba la jawab kalau orang tanya ni...grrrrrrrrrrr

Seperti mana yang korang aku tahu
Pembaka roti ada tiga jenis kan?
Ce tengok gambar-gambar kat bawah ni
Gambar 1
Ni kat rumah korang semua mesti ada kan?
Gambar 2
yang ni aku salu jumpa bila aku pergi kursus

 Gambar 3
yang ni salu tengok jugak kan
Ok!sekarang abaikan gambar 1 dan gambar 2
Korang fokuskan kat gambar 3
(dah macam soalan UPSR dah haa...)
Aku nak cerita pasal gambar 3 tu

Korang tahu kan macam mana cara nak bakar roti kat situ??
Kalau aku,aku double kan roti dan letak dalam tu
Lepas tu aku kepitkan
Lain orang mungkin lain cara
Tapi aku salu bakar camtu la
Nanti sapu la kaya dan marjerin siap-siap
Dah siap tu,terus makan kan?
(Panjang betul intro nya haaaa)

Sebenarnya aku nak cerita pasal seseorang
Dengan pembakar roti kat gambar 3 tu
Nama beliau di rahsia kan..hahaha
Hari tu,aku pergi jalan-jalan
Lepas tu aku cakap dengan beliau yang aku nak makan roti bakar
Tapi kat rumah takde pembakar roti
Kebetulan masa tu aku kat tempat alat-alat elektrik
Aku pun tunjuk la pembakar roti macam gambar 3 tu
Aku : Haa...nak pembakar roti macam ni la
Beliau : Kat rumah aku ada,tapi aku tak pakai
Aku : Apasal ko tak pakai??
Beliau : Hishhhhhh...payah la nak nak baka roti guna benda ni
Aku : ?????????????????????????????
Beliau : Yela...nanti nk kena lipat-lipat roti tu..nak besegi2 bagai
Aku : Gelak dengan beriya sekali

Kelakar tak korang rasa bila beliau jawab macam tu??
Bagi aku kelakar sangat2 sebab aku tak pernah terfikir
Nak bakar roti macam beliau cakap tu
Tinggi betul daya imaginasi beliau
Kagum jap!!wahahahaha

* Mati aku kalau beliau baca ni..hik!

Tuesday, March 1, 2011

UNDI!! UNDI!!!

Kawan-kawan,
Ingat lagi tak entry ni??
Jom-jom!!
Jom ramai-ramai undi JIAJIOT di blog Ayun 
Yang no 54 tu yeeeeee
Klik tau tau tau
Mekasehhhhhhhhhhhhh

Wednesday, February 23, 2011

Andai dapat..ku undurkan putaran duniaaa....lalalalala

Eh!!kan dah ternyanyi..
Kalau korang ada mesin masa macam doraemon tu kan
Korang nak putar balik masa ke zaman bila??
Kalau aku,aku nak balik ke zaman kanak-kanak
Masa zaman ni satu masalah pon takde
Tapi tak tahu la kalau bagi pihak mak aku
Kot la aku ni anak yang bermasalah..kiki
 Masa ni rasa seronok sangat
Kecik-kecik lagi aku dah di mewahkan dengan patung barbie tu wehhh
Cehhh..ayat tak boleh bla..'dimewahkan'
Yela..dulu akak aku kerja buat patung-patung tu ha
Tu yang banyak jek patung barbie tu kat rumah
Siap ajak kawan-kawan datang main sama
Kau ada??ada??

Kitorang main kat tembok rumah
Dulu-dulu,rumah aku dengan rumah jiran dipisahkan dengan tembok jek
Tembok paras-paras pinggang tu ha
Korang dapat bayangkan tak?
Sebelah tembok tu mak aku ada letak meja
Aku main kat situ la..dok atas meja tak pon atas tembok tu
Dengan pakai seluar pendek nya
Patut pon dah tua-tua ni eh tua ke??
Lutut hitam jek..wahhaha
Ni kesan pakai seluar pendek la ni
Kalau tahu dulu aku pakai pelindung lutut yang macam ni ha
Memang dijamin la lutut aku cantik
Tengokkkkkkkk...aku dah melalut

Dulu-dulu ayah aku keje kat johor
Tapi ayah aku selalu la masuk singapore tu
Nanti bila dia balik kampung
Dia bawak balik mainan-mainan yang dia beli kat sana
Ayah aku bawak balik game boy,music box
Aku ni kan gayat pastu jenis nak menunjuk-nunjuk kat kawan
Tapi takde la nak menunjuk pon cuma nak kongsi(kaber2)
Asal kawan aku datang,aku keluarkan mainan tu
Korang bayang kalau kawan aku 40 kali datang??
Tak ke lunyai aku dok angkut mainan tu ulang alik
Sampai patah music box tu  ko tau??
Menyirap jek mak aku ngan aku
Yela bila dah patah,aku menanges
Hangennn la mak aku..

Waktu petang-petang kan
Aku salu main rounders
Betol ke tak ejaan nya tu?
Tahu tak main macam mana??
Kalau tak tahu korang google la eh..hahaha
Aku kena baling bola
Kejap lagi aku baling pastu member aku pukul kan
Gedeganggggggggggggggggg!!!
Bola tu jejak kat mata aku 
Ha hambekkkkkkkkkk
Lebam sebelah mata aku
Sampai sekarang ni ada tinggal kesan
Tapi bukan sebelah mata jek
2 2 belah mata pon dah lebam
Ni sebab tak cukup tido sebenarnya
Bukan sebab main rounders
Jangan salah paham ye..wahahah

Masa lepas maghrib pulak aku dah kena siap-siap dah
Sebab aku nak pergi mengaji
Jauh weh tempat aku mengaji
Kalau boleh aku nak nak jadi orang pertama yang mengaji
Tu kalau dengar azan jek aku dah menggelupor
Sambil aku tinjau-tinjau tingkap rumah takut ada orang lain datang dulu
Sebenarnya tempat aku mengaji tu sebelah rumah jek..hahaha
Kalau aku keluar dari pintu rumah kan
Pastu aku nampak ada member mengaji aku baru nak sampai
Belari-lari aku masuk tempat mengaji tu
Yela..kan aku nak jadi orang pertama
Gila bangang bila fikir2 balik
Pastu dengan pakai pakaian yang tak semenggahnya
Aku pakai baju macam ni
Pastu pakai tudung dengan pelbagai gaya..kiki
Ikat depan,ikat belakang,pintal-pintal hujung tudung tu pastu ikat kat atas kepala
Hahahahah..kelakooooooo
Cube sekarang pakai tudung macam tu
Agak-agak ada orang nak ngurat tak ek??
Dulu-dulu mana la reti nak pakai keronsang-keronsang ni
Paling canggih pon masukkan ujung tudung kat cincin pastu ikat
Tak pon ikat ala-ala reben tu
Paling tak boleh bla jambul tekeluar-keluar
Tudung manik-manik yang jurai-jurai tu pon pakai gak
Tak tahan mak nyah!!
Memang bergaya habis la time tu

Ishhhh banyak lagi nak cite kat korang
Tapi malas la!
Nanti korang bosan