Thursday, October 14, 2010

P.A

PA bukan padini authentic..mahupun pierre andre
Ia adalah Personal Assistant@Pembantu Peribadi @Setiausaha Pejabat
Ya...itulah kerjaya aku yang tak berapa berjaya sekarang...

Kalau korang nak tahu..
Aku tak pernah terfikir yang aku akan jadi setiausaha...
Bayangkan aku yang ganas,yang otai,yang dulu pernah ambil Kos Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Eloktronik kat sekolak teknik,
Tiba-tiba bertukaaaaaaaaaa jadi setiausaha...
Sekali pun aku tak pernah fikir aku akan jadi macam tu...
Aku bajet  aku akan jadi engineer...(bajet jek sebab memang tahu tak kan jadi almaklumlah sangat 'rajin' belajar)
Semua tu berubah bila aku kecundang di tengah jalan...cewahhh
Result spm aku semua hancurr..begitu juga dengan hati aku..hahah (kalau 'rajin' belajar dapat straight A eh??)

Tapi bukan setakat itu...selepas spm aku apply politeknik dan ambil jurusan yang sama..
Malangnya aku tak dapat...Aku apply  lagi sekali
Tapi atas nasihat sedara aku,aku  apply untuk jurusan Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK)
Dan akhirnya aku dapat tawaran kursus tersebut di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan

Selama 2 tahun belajar, aku berjayaaaa walaupun aku tak dapat Anugerah Ketua Jabatan..
Yelaa...results sume 5 Flat...cane nak dpt kan kan kan??hahaha
Lepas belajar,lama aku menganggur...3 bulan weh...(masa tu rasa lama)hheheheh
Bulan 9 aku pergi intebiu...Bulan 12 aku dah start kerja dah...
Dan bermula lah hari-hari aku sebagai setiausaha.

Sekarang ni  hampir 3 tahun dah aku jadi setiausaha kat bos yang sama
Kau bayangkan...hari-hari mengadap muka dia...
Kalau datang angin kus-kus dia, habis aku kena tengking,marah,perli,macam2 lagi la...
Tapi selama tu jugak la aku kuatkan semangat aku walaupun pada awalnya aku kecundang..
Korang tahu jela..aku ni jenis tak bole kena marah..aku marah orang takpa..
Bila kena marah,keluar bilik bos,lari2 pergi toilet menangis..(luar ganas dalam lembut beb)hahaha

Ada sekali tu,aku lupa nak book flight dia ke Langkawi..
Aku rileks jek sebab lambat lagi dia nak g..dalam 3 minggu lagi...
Tapi bos aku ni menggelabah....terus dia tengking aku weh..
Gelap sekejap dunia ni aku rasa..
Lepas tu aku terus balik walaupun waktu kerja tak habis lagi.
Otai tak otai aku ni..
Pastu dia telefon..suruh aku book jugak...
Auu cakap aku dah balik...
lagi la dia marah dia cakap " i dun care!!!,i nak u book sekarang!!"
tapi aku tak datang office pun...esok nya baru datang...
Tak sanggup aku nak menyerah diri kat dia
Muka cun-cun ni dia ingat stok nak kena marah ke???

Patut-patut sapa yang jadi setiausaha ni dapat elaun tahan maki
Betul weh...kalau leh tahan..memang bagus la..
Aku dah memang tak boleh tahan..tapi aku redah jek..
Aku takut nanti "keluar mulut buaya.masuk mulut rimau"(entah betul ke tak peribahasa aku ni)
Apa pun, aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.
Aku suka ke..tak suka ke..aku telan jek...(tengok badan la kan..badan gemuk pun sebab telan maki bos)Korang apa tahu???Nah... tengok gamba budak kenyang ngan maki

ni gamba dalam website office aku....habis cun dah ni muka orang berkerjaya...kau ada??ada??


5 comments:

  1. telan maki pon leh gemok eh? wwoowww..!

    ReplyDelete
  2. ohh.tu ke rahsia nak jd bambampaw?nak kne maki plishhh

    ReplyDelete
  3. syime : bole..kau nk try?meh dtg sini

    roxanne : hahahahaha....aku maki ko nak??kompem jd cm aku..

    ReplyDelete