Wednesday, May 25, 2011

Pengalaman naik lif

Cehh pengalaman la sangatkannn.Sebenarnya aku hari-hari naik lif.Almaklumlah duduk kondo #tipu.Kat ofis pon kena naik lif jugak sebab ofis tinggi sangat(tingkat 5 je pon).Meh aku nak story sket kejadian-kejadian yang berlaku masa aku naik turun lif.

Dulu-dulu masa aku dok kat rumah sewa lama aku salu bosan nak menunggu lif tu sampai sebab rumah aku atas sekali.Selalunya aku akan belek-belek hp aku.Aku akan mainnn jek hp tu.Pastu bila lif dah berhenti aku pon keluar.Dah keluar tu aku menonong jek jalan sampai ke rumah.Aku pon raba-raba kunci rumah kat dalam beg.Bila aku nak bukak pintu grill rumah,Aku rasa lain macam.Nape la tiba-tiba kat grill tu takde mangga.Tak kan la hilang kan.Aku laju jek tengok nombor rumah.Aikkkkkk...ni bukan nombor rumah aku ni.Patutlah kat grill takde mangga.Rupanya salah rumah.Nasib baik takde orang.Tapi malu la jugak dengan diri sendiri .Terus nekad taknak naik lif.Naik tangga jek.Nekad untuk time tu jela.Lepas tu elok jek naik lif balik.Ni semua sebab leka main hp.Padan muke aku salah rumah!

Kalau naik lif aku mesti nak tengok keliling lif tu.Tu kalau sorang-sorang la.Kalau orang ramai dalam lif apa kejadahnya aku nak tengok keliling.Kang orang kata aku gila lak.Nanti bila aku terbaca apa yang diorang-diorang ni conteng kat dinding lif tu,Aku mesti tegelak sorang-sorang.Kalau la ada cctv kat dalam tu,mau nya orang tu cakap aku gila sebab aku gelak sorang-sorang.Bukan senyum kambing tu weh..ni gelak tebelahak tu ha.Sape rapat ngan aku tahu la aku gelak camne.Diorang tu conteng kat dinding lif tapi bagi aku cam comel jek diorang nak conteng-conteng kat situ.Contoh la kan.Sorang tu tampal note kat dalam lif."Sesiapa ada terjumpa wallet berwarna pink,sila hubungi saya 016-235xxxx."Pastu nanti ada jek yang menyampuk.Siap buat anak panah lagi kat kertas tu.Comelnya wallet dia..warna pink lagi!.Pastu sorang lagi menyampuk banyak ke duit dalam tu?.Heyyy...jangan conteng kat sini la!Eh!ske ati aku la nak conteng ke tak!!Cute vandalism kan kan??Korang kalau terjumpa korang nak buat apa?Baca dengan siyes ke??Ke gila cam aku jugak??Jap lagi tengah tergelak-gelak tu,tiba-tiba lif berhenti sebab ada orang nak naik.Jenuh aku nak cover gelak ko tau!!Kejung mulut aku ni.

Haritu kan.aku nak naik lif.Masa aku nak naik lif tu.Aku cam belari sket la nak masuk ke lif tu.Tapi aku tengok ada sorang mamat ni tekan butang tutup tu cepat-cepat.Dia cam tak nak kasi aku masuk lif tu.Aku tak kira!!Aku nak masuk gak.Aku pon wat muka rileks jek masuk dalam tu.Baru aku nak tarik nafas kan.Aku dah terbau sesuatu dah.Terus rasa nak tahan nafas.Nak tau kenapa??Mamat tu kentot dowhhh.Mak aiiii bau kentot ko bangggg.Rasa nak bunuh diri dalam lif tu jek.Tak sanggup tak sangguppp.Patut la masa aku nak naik tadi,kemain laju dia nak tutup pintu lif.Kau buat projek kat dalam tu ye?Senonoh nauu perangai ko bang!Rasa nak mintak nombor tipon!Nak kenal-kenal.Nanti boleh lawan sapa punya kentot lagi wangi kann??Tu baru bau kentot tu.Kalau bau sampah pulak cane?Adoiyaiiii diorang ni.Berapa tahun tak buang sampah agaknya?Dah macam kat tempat pembuangan sampah dah aku rasa lif tu.Dengan air menitik-nitik.Euwwww geliiiiiiiiiiiii mat mat mat!!!Kalau aku yang bawak sampah tu aku dah pakai topeng dah sebab nak cover malu.Satu lif kotttt leh bau.Habis hilang bau perfume cosway mahal aku tu.

Ni ada lagi satu cite aku nak bagitahu.Aku ni jenis suka sandar-sandar kat dinding lif tu.Kadang-kadang cam tak sedar aku besandar kat situ.Tahu dah dinding tu kotor.Tapi nak wat cane.Aku dah cakap tadi kan aku ter...ter la wehh...Pastu bila dah sandar tu rasa cam ada benda melekat-lekat kat baju tu.Hah sudah!aku mula la rasa semacam jek.Aku tengok-tengok jek..Eeeeeeeeeeeeeeee air liur weh...air liur..Bodoh punya orang!!dah banyak sangat ke air liur ko tu sampai ko tak menyempat2 nak meludah???Dalam lif pon jadi.Kat dinding lak tu.Cane la cara ko meludah tu kan?Korang dapat bayangkan tak?Meludah kat lantai lif tu dah biasa sangat dah.Dah rasa macam ko naik atas singki.Bukan naik lif dah.Merata-rata air liur.Kadang-kadang chewing gum pon ada.Ko tak kesian ke kat orang yang terpijak chewing gum tu weh?Penat nak buang.Ko ingat senang nak tanggal kalau dah melekat kat kasot ke kat baju ke.Pikir la weh..pikir!Ehhh..emosi pulak aku menulis hari ini.hahahah

2 comments:

  1. tak sanggup nak pandang muke dy sbb pnat tahan napass

    ReplyDelete