Wednesday, February 23, 2011

Andai dapat..ku undurkan putaran duniaaa....lalalalala

Eh!!kan dah ternyanyi..
Kalau korang ada mesin masa macam doraemon tu kan
Korang nak putar balik masa ke zaman bila??
Kalau aku,aku nak balik ke zaman kanak-kanak
Masa zaman ni satu masalah pon takde
Tapi tak tahu la kalau bagi pihak mak aku
Kot la aku ni anak yang bermasalah..kiki
 Masa ni rasa seronok sangat
Kecik-kecik lagi aku dah di mewahkan dengan patung barbie tu wehhh
Cehhh..ayat tak boleh bla..'dimewahkan'
Yela..dulu akak aku kerja buat patung-patung tu ha
Tu yang banyak jek patung barbie tu kat rumah
Siap ajak kawan-kawan datang main sama
Kau ada??ada??

Kitorang main kat tembok rumah
Dulu-dulu,rumah aku dengan rumah jiran dipisahkan dengan tembok jek
Tembok paras-paras pinggang tu ha
Korang dapat bayangkan tak?
Sebelah tembok tu mak aku ada letak meja
Aku main kat situ la..dok atas meja tak pon atas tembok tu
Dengan pakai seluar pendek nya
Patut pon dah tua-tua ni eh tua ke??
Lutut hitam jek..wahhaha
Ni kesan pakai seluar pendek la ni
Kalau tahu dulu aku pakai pelindung lutut yang macam ni ha
Memang dijamin la lutut aku cantik
Tengokkkkkkkk...aku dah melalut

Dulu-dulu ayah aku keje kat johor
Tapi ayah aku selalu la masuk singapore tu
Nanti bila dia balik kampung
Dia bawak balik mainan-mainan yang dia beli kat sana
Ayah aku bawak balik game boy,music box
Aku ni kan gayat pastu jenis nak menunjuk-nunjuk kat kawan
Tapi takde la nak menunjuk pon cuma nak kongsi(kaber2)
Asal kawan aku datang,aku keluarkan mainan tu
Korang bayang kalau kawan aku 40 kali datang??
Tak ke lunyai aku dok angkut mainan tu ulang alik
Sampai patah music box tu  ko tau??
Menyirap jek mak aku ngan aku
Yela bila dah patah,aku menanges
Hangennn la mak aku..

Waktu petang-petang kan
Aku salu main rounders
Betol ke tak ejaan nya tu?
Tahu tak main macam mana??
Kalau tak tahu korang google la eh..hahaha
Aku kena baling bola
Kejap lagi aku baling pastu member aku pukul kan
Gedeganggggggggggggggggg!!!
Bola tu jejak kat mata aku 
Ha hambekkkkkkkkkk
Lebam sebelah mata aku
Sampai sekarang ni ada tinggal kesan
Tapi bukan sebelah mata jek
2 2 belah mata pon dah lebam
Ni sebab tak cukup tido sebenarnya
Bukan sebab main rounders
Jangan salah paham ye..wahahah

Masa lepas maghrib pulak aku dah kena siap-siap dah
Sebab aku nak pergi mengaji
Jauh weh tempat aku mengaji
Kalau boleh aku nak nak jadi orang pertama yang mengaji
Tu kalau dengar azan jek aku dah menggelupor
Sambil aku tinjau-tinjau tingkap rumah takut ada orang lain datang dulu
Sebenarnya tempat aku mengaji tu sebelah rumah jek..hahaha
Kalau aku keluar dari pintu rumah kan
Pastu aku nampak ada member mengaji aku baru nak sampai
Belari-lari aku masuk tempat mengaji tu
Yela..kan aku nak jadi orang pertama
Gila bangang bila fikir2 balik
Pastu dengan pakai pakaian yang tak semenggahnya
Aku pakai baju macam ni
Pastu pakai tudung dengan pelbagai gaya..kiki
Ikat depan,ikat belakang,pintal-pintal hujung tudung tu pastu ikat kat atas kepala
Hahahahah..kelakooooooo
Cube sekarang pakai tudung macam tu
Agak-agak ada orang nak ngurat tak ek??
Dulu-dulu mana la reti nak pakai keronsang-keronsang ni
Paling canggih pon masukkan ujung tudung kat cincin pastu ikat
Tak pon ikat ala-ala reben tu
Paling tak boleh bla jambul tekeluar-keluar
Tudung manik-manik yang jurai-jurai tu pon pakai gak
Tak tahan mak nyah!!
Memang bergaya habis la time tu

Ishhhh banyak lagi nak cite kat korang
Tapi malas la!
Nanti korang bosan

2 comments:

  1. pastu pergi uma jiran belakang,balik berlari2,pusing2..ttbe,gedegang bunyinye berlaga kepala dengan mat besar kapal...lebam lagi biji mata.da mcm panda.

    ReplyDelete
  2. wahahahha...igt nk cte gak smlm..tp cm mls..dh mmg tepikir dh..kikiki

    ReplyDelete