Thursday, January 13, 2011

Sakit Woiiiiiiiiiiiiiiiii

Semalam aku pergi klinik
Sedih jek sebab pergi sorang-sorang
Tengok orang lain datang berdua
Pastu aku ketuk kepala aku sendiri
Memang la diorang berdua,
kat situ tempat ibu-ibu mengandung ngokk
Suami temankan isteri buat check up!
Aku lalu jek kat situ sebenarnya
Yang sebeno-beno nye aku nak pergi klinik gigi

Ingatkan aku orang pertama sampai
Tengok-tengok orang yang ketujuh
Padahal time tu pukul 7.30 pagi
Yang lagi 6 orang tu agaknya pas suboh terus datang kot!
Tunggu punya tungguuuuuuu
Dah penat gelak sorang-sorang tengok Malaysia Hari Ini
Mate pon dah penat asik pandang-pandang sekeliling
Kepala pon dah penat dok toleh ke belakang tengok orang masuk dalam klinik tu
Pukul 9.15 pagi baru jumpa doktor
Dah berape banyak masa aku terbuang kat situ
Kalau kat opis,dah banyak entry kerja aku boleh buat tauuuu

Masa dah masuk dalam bilik doktor tu
Nurse yang sibok-sibok tanya
Nurse : Sakit kat mana??
Aku : Kat belah kiri atas dan bawah
Nurse : (Buat muka pelik)
Doktor : Awak sakit kat mana?
Aku : (Bebel dalam hati...yang tadi nurse tanya tu nape??????sampai dua kali lak nak tanya)
Doktor : Oooo bengkak sikit jek ni
Aku : Doktor,yang ni pon sakit (sambil tunjuk gigi atas)
Doktor : Takde pape pon ni.Saya cuci gigi awak sikit ehhh
Aku : (Mengangakan mulut tanda rela gigi dicuci)
Korang pena cuci gigi@scaling tak weh?????
Korang tahu tak cane rase masa cuci gigi tu???
Meh aku nak citer!
Tapi ape yang pasti dan memang sangat-sangat pasti
Aku tak nak dah cuci gigi aku ni..TAK NAK weh...TAK NAKKKK!!!!
Cuci gigi ni bukanlah macam gosok gigi tu haa
Ni untuk buang segala kekotoran,doktor kata tu kalkulus
Aku pon OoooOoo kan aje sebab aku tak tahu
Kalkolator aku tahu la
Tapi tadi aku google kalkulus tu
Kalkulus ialah sisa makanan yang mengeras ye tuan-tuan dan puan-puan
Yang ni pon aku google gak
Alat yang digunakan adalah skaler elektronik berfungsi secara gegaran dilalukan pada permukaan gigi. Ia mempunyai kelajuan maksimum yang mampu memecahkan segala sisa makanan yang sudah keras @ kalkulus.
Masa doktor buat tu...perghhhhhhhhhhh nak menitik air mata u olssssss
Rasa sakit yang amat sangat
Rasa nak suruh doktor tu stop jek!
Tapi aku tahan jek..berape kali doktor asik cakap dengan aku
Bukak mulot dik..buka mulot...
Bila dah sudah tu,nurse cakap kumur dik
Aku pun kumur...pastu aku tengok hasil kumuran aku tuuu
Nak pengsan wehhhhhhhh...banyak nya darahhhh
Mana la aku tahu cuci gigi tu bedarah bagai
Patut la sakit gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
Ingatkan lada terselit tepi-tepi gigi tu ke
Ghupenye cm ketulan-ketulan darah tu haa
Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Lepas dah cuci gigi tu aku rasa macam makin sakit lak gigi aku ni
Dokto cakap,awak pergi kat farmasi ye.Saya bagi ubat
Pastu dengan tak malu nya aku tanya
Aku : Doktor,tak dapat mc ke?
Doktor : Awak sakit sangat ke???
Aku : Sakit la doktorrrrrrrr...denyut-denyut ni haa
Doktor : Erm..ok la ok la..saya bagi awak sehari
Aku : Terima kasih dan aku tunggu jek dalam bilik tu
Nurse : Sila tunggu kat luar yeeee
Aku : Hek eleeeeeeeeeee...kerek btol ngkoooo kn (cakap dalam hati jela ponn)
Pastu aku blah lah pergi ambil ubat..huh!

2 comments: