Thursday, December 23, 2010

Agak somel eh! eh! comel

Tadi aku baca emel ofis 
Petang ni ada program senamrobik
Dalam email tu ada 12 orang yang bagi kehadiran
10 perempuan dan 2 lelaki
Aku dah tentu-tentu terkecuali
Aku bukan tak nak pergi 
Tapi masa amat mencemburui..kiki
Pastu ada la beberapa orang yang balas emel tu

Orang pertama(lelaki) : Peserta no 4 dan 12 perlu teruskan perjuangan?..ketidakseimbangan gender menuju 2020(No 4 dan no 12 tu lelaki)
 
Orang ke2(perempuan) : Semangat macam ni la yg kita mahukan...fit2 semua pasni..yehaaa..fhewittttttttttt

Orang ke3(peserta no 12) : Erm..layan jelaaaaa

Orang ke4(lelaki) : Pakai skirt dol

Nak tahu tak sape orang nombor 4 tu?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.

PENGARAH aku baiii...
Comel jek kan kan?
(tolonglah cakap comel..hhaha)

Wednesday, December 22, 2010

Kau lah kakak..kau la sahabat

Entry khas untuk kawan paling BEST kat ofis ni
Kira aku paling rapat la ngan dia
Sekepala sejiwa sehati dan sewaktu dengannya
Suka duka pahit manis semua sama-sama

Ingat lagi masa mula-mula masuk kt ofis ni
Sket2 aku tanya dia
Kak,surat ni nak masuk fail mana?
Pegawai ni yang mana kak?tak kenal laa
Ni nape network tak dapat ni kak??
Tetonggeng2 la dia kt bawah meja ni ha betul-betul kan apa yang patut
Korang bayangkan lah
Masa tu dia mengandung
Punya la teruk aku dera dia

Masa mula-mula nak keluar lunch tu
Dia datang kat meja
Jom makan!!
Aku pon follow jela dia walaupon malu-malu kucing
Dah orang ajak kan..heheh
Lepas tu ajak pergi alamanda la
Ajak pergi jualan kat bawah ofis ni la

Tu mula-mula jek
Bila dah LAMA
Makin hari makin ngam
Makin hari makin menggila
Makin hari makin kuat bergosip bercerita
Sampai la aku boleh cerita rahsia baikkk punya kat dia
Dia sorang jek yang tahu
Dia sorang jek tempat aku salu luah-luah
Nangis-nangis bagai
Dia jugak salu bagi nasihat kat aku

Punya la rapat kitorang kan?
Semua pon nak sama
Nak pakai selendang sama
Tudung sama
Inner sama
Semua la sama

Tiap kali lunch pulak kitorang mesti makan sama-sama
Kalau salah sorang pergi beli makanan dulu
Boleh kecik hati woooo
Nanti time makan
Boleh kongsi-kongsi lauk
Kongsi-kongsi air
Kadang-kadang makan kongsi satu polisterin

Sampai la satu hari tu dia dapat surat
Pastu dia terus datang kat meja aku
Zira,akak tak tahu nak cakap macam mana
Sedih ada,happy pon ada(airmata dia laju jek keluar weh)
Debo gile aku time ni
Akak dapat naik pangkat
Tapi akak akan tinggalkan korang
Aku pon laju jek airmata keluar sebab aku tahu
Jawatan baru yang dia dapat tu
Penempatan nya takde kat sini
Dah sah2 dia kena tukar tempat lain

Esoknya aku datang kerja
Aku dah rasa lain dah
Dah rasa macam hilang sesuatu
Walaupon time tu dia ada masa seminggu lagi kt sini
Dan sekarang dia dah takde lagi kat ofis ni
Walaupun kitorang satu jabatan
Tapi tetap rasa jauh
Dulu salu main jengah2 ikot tiang kat tempat aku ni kalau nak becakap
Tempat aku ngan dia di halang oleh tiang..heheh
Kalau rasa tak puas nak jengah2 aku laju jek pergi lepak tempat dia
Tak pon kitorang gosip2 kat YM
Sekarang ni tengok fb dia pon sedih jek
Homesick kate nya
Ni bkan homesick tp ofissick..hahaha

Ni la dia...ni la kakak dan sahabat aku yang terBAEKKK kt ofis ni.
Kak Hanim

* Kak nim,take care!..kejang mulut ni tak dapat nak hu ha hu ha macam dulu!sob sob sob..kenangku dalam doamu..cehhh....will mis uuuu

Monday, December 20, 2010

TRANSFORM

Minggu lepas 15-17 Disember 2010
Aku pergi kursus dekat Excel Training Resort,Lenggeng,Negeri Sembilan
 Kursus Transformasi Diri Ke Arah Organisasi Terbilang
Sebelum pergi kursus tu aku mintak kebenaran bos nak pergi
Bos aku cakap,balik nanti awak kena transform nazira!ngaa
Aku nak transform jadi transformes lah!
Nanti boleh serang dia...hahahah

Korang nak tahu tak siapa penceramahnya?
Nak tahu ke tak ni???
Beliau adalahhhhhhh....(bunyi drum)
Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah 
 Memang TERBAEKKKKKKKKKKK ngkooo
Tekeluar gelak jantan aku ko tauu
Lawak wehhh

Pastu kan dia tengok sorang-sorang punya tapak tangan
Tang aku punya kelakauu
Dia tengok tapak tangan aku
Pastu geleng-geleng kepala sambil cakap ish ish ish
Bedebau ngkoooo
Dia cakap camni
Budak ni ramai pakwe niiiiiiii
Pastu dia tanya lagi
Ko jujur...ko jujur dengan aku yang sekarang ni yang nombor berapa???
Kalau ko tipu aku cubit ko!!
Pastu dia cakap mata aku special sket sebab 
Aku bole nampak apa yang orang lain tak nampak
Mungkinkah nampak hantu kak limah balik ghumah??ngaa
Banyak lagi la dia cakap pasal aku
Semua tu betol
Tapi mana boleh cerita ngan korang semua
Bahayaaaa....

Makna tarikh lahir,tahi lalat,bentuk tulisan,nama semuanya dia bagitahu
Korang nak tahu ke??
Nanti jumpa aku tilik korang pulak eh eh..
Ilmu penuh di dada ni...hehe
Pastu korang tanya jek apa-apa yang korang nak tahu
Tak semestinya pasal tajuk yang dia cakap kan tu..tapi umum
Nak tanya korang padan tak dengan pakwe korang pon boleh
Pastu dia ada bagi beberapa tips
Meh nak share ngan korang

1. Kalau korang nak marah orang kan,korang cari 72 sebab nape korang nak marah orang tu.dah jumpa 72 sebab tu,cari 72 sebab lagi
(maknenya korang tak kan marah orang tu la..mana sempat nak cari 144 sebab wehh)

2. Kalau korang tak suka nak layan orang yang nak ajak korang bergosip,
mengumpat dan mengata orang tapi korang tak sampai hati nak bagitahu yang korang tak suka dia,bila dia start cakap jek korang berterusan sebut SUBHANALLAH sampai dia berhenti bercakap.
(korang try dulu,confirm2 nya korang tak kan dengar apa yang dia cakap kan)

3. Biasakan diri tidur mengiring ke kanan untuk jantung yang sihat

4. Sebelum tidur,mohon maaf pada Allah dan maafkan semua orang yang pernah sakitkan hati kita,yang melukakan hati,yang pernah mengecewakan kita dan sape2 jelah.
(untuk ketenangan diri)

5. Apa yang perlu kita buat kalau lelaki tengah marah??
- Jangan buat apa2
- Jangan pujuk
- Jangan tanya kenapa
- Layan dengan baik
- Kalau perlu jauhkan diri jap

6. Kalau perempuan marah pulak macam mane??
- Sentuh dia
- Tanya perkara yang menyejukkan hati dia
( Cth : pasal anak dia ke...)
- Cari perkara yang boleh menggembirakan dia
(Cth : belanja makan ke..ajak shoping ke..)

7. Petua awek muda
- Makan tengah hari awal 
(dalam pukul 12.00-12.30)
- Makan malam sebelum maghrib
- Pakai kain yang lembut
- Elak fikir tentang perempuan
(Cth : korang jangan fikir kenapa pompuan tu ada pakwe,kenapa dia pakai blackberry,kenapa dia ada handbag tu...ha jangan fikir!!)

8. Seorang suami yang cium isteri sebelum pergi 
kerja umurnya akan panjang 5 tahun,
Bila isteri balas ciuman tu,pendapatan suami akan meningkat 30%
(Cium dalam 10 saat jek..jangan lebih..kang tak pergi keje kanggg)

 Renung-renungkan dan selamat beramal!!

Tuesday, December 14, 2010

Sudah jatuh di timpa tangga..tercium pula TAIK AYAM

Bulan ni rasa sakit yang aaaamat sangat
Duit keluar macam air
Nak bayar itu,nak bayar ini,
TERbeli itu,TERbeli ini
Haihhhhhhhh
Duit bantuan yang dapat tu sekelip mata hilang!
Hilang sebab salah sendiri...sob sob sob
Tak pandai langsung nak manage duit
Agaknya kalau tiap-tiap bulan dapat gaji juta-juta
Tetap tak cukup kotttt
Gaji besar...selera pon besar
Sekarang ni harap badan jela yang besar...ngaaaa
Bulan lepas bayar roadtax
Bulan ni pulak kena bayar saman
Tapi belum bayar lagi
Esok last day dapat 50% diskaun untuk saman tu...
Tapi macam mana nak settle kalau duit takde??
Nak pergi kerja kt lorong lah malam ni!
Nak buat loan kt MAK tapi tak nak la!
Asik nak menyusahkan dia jek
Nak senangkan dia ntah bila
Duit yang ada cukup-cukup sampai 20hb ni...
Tadi bukak wallet tengok-tengok RM20 dah hilang...
Dah macam mana sekarang ni??
Yang aku ingat malam tadi lepas tuang minyak duit tu ada kat tangan
Kat dalam kereta dah cari tapi tak jumpa
Tak kan aku pergi sedekah kat pam minyak tu pulakkk...
Nasib....nasib....

Monday, December 13, 2010

'BANDAR -i'

Jumaat lepas,pergi cari barang wan2 kt mid valley
Lepas tu kitorang plan nak pergi uptown shah alam
Alang-alang pergi sana,
Kitorang terus pergi i-city
Nah...layan gambar...













 
Banyak lagi gamba tapi tengok yang ni jela eh
Nanti muak pulak korang nak tengok gambo kitorang jek..hehe
Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat belampu yang lagi cantik-cantik..
Tapi bila dah keluar dari parking baru perasan
" La...banyak lagi tempat tak pergi rupanya...."
Rugi...rugi...

Thursday, December 9, 2010

9 DISEMBER 2010

Happy 3rd anniversary tu myjobbb!!!!!

3 tahun yang lepas time tu aku tengah sibok2 nak pergi kursus
Kursus pengenalan untuk keje baru yang aku dapat
Kursus seminggu tu kt Johor
Ingat lagi masa mula-mula nk pergi tu,
Ayah ngn mak hantar aku kt Jabatan Perkhidmatan Awam
Sesat ngkooo....pestime datang kann
Pastu dah sampai situ..dok la tunggu orang2 lain
Ingatkan aku org pertama yg sampai situ
Sekali salah tunggu daaa
Aku tunggu kt belakang bangunan
Tengok2 kt depan haaa hambekk koo
Kemain ramai lagi orang

Seminggu lepas tu
Aku lapor diri kat Jabatan Perdana Menteri
Seminggu gak dok melangok tunggu posting
Time ni aku tak dapat cari rumah sewa lagi
Aku tumpang rumah kawan ayah aku kt Seremban
Bini dia keje Putrajaya gak
Kadang-kadang aku tumpang uma abang dan akak member aku
Muka tak malu memang tak kesah menumpang kt mana pon...hahaha
Tak sampai sebulan aku dapat rumah sewa
Aku sewa kat flat ijau Presint 9 tu
Rumah tinggi weh..ala-ala KLCC..hahahah
Sewa mahal nak mampos
Mengalahkan dudok kondo

Hari-hari aku berulang g keje nek bas Nadi Putra
Tambang murah jek 50sen pegi 50sen balik
Pagi-pagi kena beratur sebelom naik bas tu
Kadang-kadang sampai 3 4 line beratur
Memang betul-betul berdisiplin
Ikotkan hati nak jek potong queue
Tapi kang ade yang aku tak pat pegi keje
Pegi hospital agaknya .hahaha
Memang takde sape pon berani nak potong..
Sampai2 jek memang automatik masuk baris!hahaha

Sekarang ni dah banyak yang berubah
Nak2 aku ni...memang banyak yang berubah laaa
Dari yang agak kurus tu
Dah bertukaaaaaa
Jadi yang tak berapa nak kurus
Eh...eh...apa aku merepek ni...hahaha
Aku dah tak pergi kerja naik bas dah
Rumah tu pon dah tak duduk dah
Rumah sekarang ni yang baru betul2 kondo
Siap sofa lorenzo bagai...
Kagum dengan rumah sendiri
Bukan nak bangga,
Tapi korang datang la rumah aku nanti..wahahahah
Ape pon aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang

TAPI dari 3 tahun lepas sampai la sekarang
Ada satu yang tak berubah
Aku tetap setia dengan beliau
Bila nak berubah pon aku tak tahu
Mungkin sampai beliau pencen
Tapi bekerja dengan beliau
Banyak la jugak mengajar aku tentang dunia pekerjaan
Tentang ketahanan mental dengan fizikal berhadapan dengan ghimau...eh!!
Ye...dia la ghimau yang aku masukkan
Silap sket mengaum la dia...hahahaha
Syhhhhh diam-diam...
Jangan bagitahu beliau...
Takoooooootttttttttt!!!!

Wednesday, December 8, 2010

JENG...JENG...JENG....

Sepasang kekasih sedang beborak di dalam kereta
Masa ni betul-betul depan rumah sewa pakwenya
Pasangan tersebut baru pulang bermadu asmara..eceh!
Tak tak..pasangan tersebut baru pulang dari tengok wayang

Itulah HOBI pasangan itu
Kalau bosan tengok wayang,mereka akan pergi karok
Tempat melepaskan suara yang amat sedap bagi telinga pasangan tersebut
Selain itu,mereka akan pergi ke downtown 
Dimana tempat itu merupakan tempat feberet makwenya

Semasa sedang berborak
Ditambah dengan beberapa pergaduhan kecil
Yang akan merapatkan hubungan...kikiki
Makwenya laju-laju rasa hendak balik ke rumah
 Dan memaksa si pakwe keluar dari kereta

Si pakwe dengan muka sedih
Perlahan-lahan hendak membuka pintu kereta
Tiba-tiba...(jeng jeng jeng)
Denga bunyi pintu belakang di bukak
Sepantas kilat si makwe menjerit 'MAKKKKKKKKKKKKKK'
Jantung si makwe laju denga tiba-tiba
Seolah-olah sedang berlari setempat 100m
Dan membayangkan sesuatu yang buruk akan berlaku
Tetapi terdengar suara........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.

AMOI 
Amoi tersebut cakap 'soli-soli' dan
Metutup semula pintu kereta
Dia berlari sekuat hati masuk semula ke rumahnya
Sambil menutup-nutup muka nya dan
Menyorok di balik pokok bunga

Dia ingatkan pasangan kekasih itu adalah kawan nya
Sebab tu la dia melulu masuk kereta
Tanpa mengetuk pintu dan memberi salam
Eh!kafir mana tahu bagi salam maaa...
Nasib baik dia tak sempat duduk kat sit..
Kalau dah duduk camne meh??

Pasangan tersebut tiba-tiba tak jadi gaduh
Mereka gelak guling-guling dalam kereta
Bole guling ke dalam kereta??
Sambil mengusha si amoi yang tengah menyorok itu..
Sekian.



Monday, December 6, 2010

Aku ingin menjadi mimpi indah, dalam tidurmu....

Ehem...ehem
Layan lagu ni weh
Lagu yang sangat-sangat bestttt
Tak pernah jemu denga
40 kali nyanyi kat karok pon takpe...
Bia lagu lame pon..wek!